Harian Metro

Geely catat keuntungan cemerlang

-

Kuala Lumpur: Geely Automobile Holdings China mencatat keputusan kewangan yang cemerlang dalam tempoh separuh pertama tahun ini (1H17) dengan pendapatan melonjak 118 peratus kepada RMB39.42 bilion (RM25.30 bilion) berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Keuntungan melonjak 128 peratus kepada RMB 4.344 bilion pada 1H17 manakala margin keuntungan kasar naik lapan peratus kepada 19.2 peratus berbanding sebelumnya.

Geely Auto dalam kenyataan yang dikeluarka­n oleh PROTON Holdings Bhd berkata, 530,627 kenderaan dijual pada 1H17, peningkata­n 89 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Geely Auto kekal pada kedudukan untuk mencapai sasaran penjualan tahunan 1.1 juta unit menerusi model baru yang dilancarka­n dan dijadual diperkenal­kan pada separuh kedua tahun ini,” katanya, di sini, semalam.

Antara kenderaan Generasi 3.0, Bo Yue SUV, Emgrand GS, dan Vision SUV, 233,482 unit sudah terjual. Model kenderaan Bo Yue SUV, dengan jualan terbesar merekodkan jualan yang kukuh, melonjak 509 peratus kepada 116,932 unit berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Bagi segmen sedan, syarikat kereta itu menjual 292,314 unit pada 1H17, dengan 117,718 membabitka­n Emgrand Baru, 45,486 dalam segmen A + Emgrand GL dan 16,404 unit bagi Geely GC9.

Di pasaran tenaga baru, Emgrand EV menjual 7,982 unit pada 1H17 dan menjadi antara model EV paling laris di China.

Geely Auto terus mengekalka­n keseimbang­an antara pembanguna­n segmen sedan serta SUV dan meningkatk­an penguasaan pasarannya dalam pasaran China kepada lima peratus.

Syarikat induk Geely Auto, Zhejiang Geely Holding Group menguasai 49 peratus pegangan dalam Proton daripada DRB-Hicom, awal tahun ini. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia