Harian Metro

Usahawan cef

 Peluang syarikat Bumiputera sertai Superb Halal Chefpreneu­r Challenge 2017 hasilkan produk inovasi halal

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) terus bekerjasam­a dengan pelbagai pihak bagi meningkatk­an kemampuan Bumiputera menyertai sektor halal negara yang masih kecil pembabitan­nya dalam eksport industri berkenaan.

Tahun lalu, jumlah keseluruha­n eksport halal negara mencecah RM42.18 bilion dan hanya 15 peratus disumbangk­an pemain industri halal Bumiputera, selebihnya disumbangk­an secara dominan syarikat berstatus multinasio­nal dan bukan Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, festival halal 2017 untuk syarikat halal mengekspor­t Halfest ASEAN 2017 menjadi platform terbaik kepada usahawan Bumiputera yang bersedia ke arah eksport dan Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) pula dikhaskan kepada usahawan eksport.

Beliau berkata, memandangk­an acara itu dikhaskan kepada pemain Industri kecil dan sederhana serta mikro halal, pihaknya bekerjasam­a dengan beberapa entiti bagi menyokong perkembang­an perniagaan mereka iaitu Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), syarikat tempatan yang berjaya dan cef selebriti antarabang­sa, Datuk Cef Wan.

“Halfest ASEAN 2017 membolehka­n syarikat Bumiputera menyertai pertanding­an Superb Halal Chefpreneu­r Challenge 2017

yang dianjurkan Teraju bagi mencari usahawan cef yang mampu menghasilk­an produk inovasi dan menerbitka­n harta intelek (IP) untuk produk mereka sebelum dikomersia­lkan kepada syarikat yang berminat.

“Penjurian Superb Halal Chefpreneu­r Challenge 2017

dilaksanak­an Cef Wan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawan­an makanan di seluruh dunia,” katanya pada taklimat media Halfest ASEAN 2017, di sini, semalam. Ekspo halal terbesar negara itu diadakan di Pusat Pameran Mines, Kuala Lumpur dari 23 hingga 27 Ogos ini membabitka­n lebih 550 ruang pameran dan 60 peratusnya adalah peserta Bumiputera.

Cef Wan berkata, golongan Bumiputera mempunyai keupayaan meneroka pasaran halal di luar negara sekiranya mereka peka dengan permintaan dan bijak menyusun strategi perniagaan.

“Menerusi pengalaman saya, orang asing gemar dengan makanan kita dan makanan Malaysia berpotensi untuk dieksport ke negara asing,” katanya.

 ??  ?? JAMIL (tiga dari kiri) dan Chef Wan (tiga dari kanan) bersama penaja Halfest ASEAN 2017, semalam.
JAMIL (tiga dari kiri) dan Chef Wan (tiga dari kanan) bersama penaja Halfest ASEAN 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia