Harian Metro

Yakin catat jualan RM4 bilion

-

Kuala Lumpur: SP Setia Bhd (SP Setia) berada di landasan betul untuk mencatatka­n nilai jualan RM4 bilion menjelang akhir tahun ini bersandark­an prestasi jualan separuh pertama yang merekodkan RM2.07 bilion.

Malah, pelancaran beberapa projek dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM3 bilion pada separuh kedua tahun ini juga dijangka mampu menjana nilai jualan RM2 bilion berbanding separuh pertama lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Khor Chap Jen berkata, projek tempatan masih menjadi pemacu utama yang menyumbang di dalam nilai jualan keseluruha­nnya pada separuh pertama lalu sebanyak RM1.08 bilion atau 52 peratus dan RM996.5 juta disumbangk­an projek di pasaran asingnya.

Beliau berkata, syarikatny­a fokus kepada pasaran tempatan yang mendapat permintaan kukuh dalam segmen rumah teres di kawasan strategik dan mempunyai infrastruk­tur lengkap.

“Kami bakal melancarka­n rumah teres dalam kategori pertengaha­n di kawasan Perbandara­n Setia Alam, Setia Ecohill, Setia Ecohill 2, Setia Templer dan Setia Eco Glades pada separuh kedua ini.

“Bagi projek utama di United Kingdom iaitu United Kingdom Battersea Powerstati­on kini memasuki fasa kedua dan fasa pertama mendapat sambutan menggalakk­an apabila lebih 50 peratus pembeli menerima kunci,” katanya pada taklimat keputusan prestasi kewangan separuh pertama SP Setia, di sini, semalam.

SP Setia mencatatka­n perolehan dan keuntungan sebelum cukai (PBT) masing-masing RM1.73 bilion dan RM358.3 juta dan menjangkak­an ia meningkat pada separuh kedua ini.

Mengulas perkembang­an I & P Group Sdn Bhd (I&P) pada 22 Jun lalu, pihaknya dalam proses penerbitan dana bagi mengambil alih syarikat yang dijangka dapat dimuktamad­kan akhir tahun ini.

 ??  ?? KHOR (tengah) selepas taklimat media keputusan kewangan SP Setia, semalam.
KHOR (tengah) selepas taklimat media keputusan kewangan SP Setia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia