Harian Metro

Jana keuntungan

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

Penovate, Tasoon yakin perluas pasaran penapis air

Penovate Sdn Bhd yakin jalinan kerjasama dengan Tasoon Enterprise Sdn Bhd boleh memperluas­kan pasaran produk penapis air Toray dari Jepun ke seluruh negara sejak mula dipasarkan Mac lalu.

Ia adalah anak syarikat 100 peratus dimiliki Penfabric Sdn Bhd di Pulau Pinang dan dimiliki sepenuhnya Toray Inc di Jepun.

Pengarah Urusannya Ng Cheong Wah berkata, sebagai sebuah syarikat pengeluar utama di negara ini, kerjasama berkenaan mampu menjana keuntungan memberangs­angkan apabila produk itu mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

Beliau berkata, kepercayaa­n diberikan mampu menjadikan Tasoon Enterprise Sdn Bhd sebagai syarikat pengedar utama di seluruh wilayah utara.

“Jika produk penapis air popular di Jepun, tidak mustahil ia mampu mengembang­kan lagi pasaran di seluruh negara. Buat masa ini tumpuan diberikan di seluruh wilayah utara, tengah dan timur dan kini mengintai pasaran di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Selain itu, kami giat mengadakan promosi di Kelantan, Pahang dan Terengganu serta Sabah dan Sarawak termasuk promosi di laman sosial dan media cetak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Menandatan­gani Penjanjian Persefaham­an (MoU) dengan Tasoon Enterprise Sdn Bhd.

Hadir sama, Pengarah Kumpulan Hong Bee merangkap Pengarah Tasoon Enterprise Sdn Bhd Chuah Chuan Thye.

Bagi Chuah pula, kepercayaa­n diberikan Penovate Sdn Bhd adalah satu tanggungja­wab besar kerana produk itu bukan saja sesuai untuk kegunaan rumah, tetapi juga pejabat dan industri.

Beliau berkata, harga ditawarkan amat berpatutan dan mampu dimiliki selain tumpuan utama memperluas­kan pasaran di seluruh wilayah utara sebelum ke negeri lain.

“Kita percaya dalam tempoh lima tahun akan datang, produk ini akan menjadi produk paling laris No 1 di Malaysia selain bakal memperkena­lkan beberapa produk lain pada masa depan.

“Kerjasama antara dua syarikat ini akan lebih berjaya selain mampu melangkah setapak lagi ke pasaran Asia dan Eropah dengan kerjasama pengedar lain,” katanya.

 ??  ?? NG (kanan) bersama Chuah (dua dari kanan) melihat produk yang dihasilkan syarikat mereka pada majlis menandatan­gi perjanjian persefaham­an, semalam.
NG (kanan) bersama Chuah (dua dari kanan) melihat produk yang dihasilkan syarikat mereka pada majlis menandatan­gi perjanjian persefaham­an, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia