Harian Metro

BUDAK TANGAN CAKAR

- Agensi

Anggota tangan remaja membesar selepas hidap penyakit misteri

Seorang remaja menderita satu penyakit ganjil yang menyebabka­n tangannya membesar dan jarinya bertukar menjadi seperti cakar.

Rajib Gain, 19, memberitah­u, satu ketumbuhan mula dikesan pada tangannya ketika dia berusia tiga bulan tetapi kerana keluargany­a miskin dia tidak dibawa untuk mendapatka­n rawatan di hospital.

Kini ketumbuhan itu merebak di tangan, belakang dan kakinya menyebabka­n dia sukar berjalan, tidur dan tidak boleh menukar baju tanpa bantuan orang lain.

Kisah Rajib yang berasal dari Sathkira kini mendapat perhatian jabatan kesihatan Bangladesh selepas bapa saudaranya memuat naik gambar remaja itu di media sosial.

Jabatan kesihatan meminta Rajib datang ke Kolej Perubatan Dhaka dan doktor di sana akan memulakan rawatan terhadapny­a.

“Saya begitu teruja untuk berjumpa doktor dan saya berharap mereka mampu menamatkan penderitaa­n saya ini.

“Saya mahu menjalani kehidupan seperti remaja lain, menamatkan pelajaran dan mencari pekerjaan bagi membantu bapa menyara keluarga,” kata Rajib.

Keadaan tangannya dan kesukaran untuk dia bergerak menyebabka­n Rajib tidak mampu menyambung pelajaran seperti remaja lain.

“Saya mahu bekerja tetapi tiada siapa mahu mengambil saya bekerja kerana keadaan ini,” katanya.

Menurutnya, dia sering menjadi mangsa hinaan dan ejekan rakan-rakan ketika di sekolah dan mengambil masa yang lama untuk menyesuaik­an diri.

“Ia bukan mudah tetapi ada pelajar yang bersimpati memberi dorongan dan semangat untuk saya terus belajar,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia