Harian Metro

Dua hari paling berdarah

Polis tembak mati 26 lagi suspek penjenayah dalam tempoh semalaman

-

Sekurang-kurangnya 26 lagi suspek penjenayah maut dalam tempoh semalaman dalam operasi polis di Manila, hari kedua paling berdarah dalam minggu ini.

Operasi di seluruh Manila pada malam semalam itu dilakukan selepas 32 kematian dalam serbuan polis di wilayah Bulacan pada malam kelmarin.

Dua hari itu dianggap tempoh paling berdarah dalam kempen memerangi dadah yang meragut ribuan nyawa suspek dadah.

Kempen perang terhadap dadah itu dilancarka­n Presiden Rodrigo Duterte yang berikrar membebaska­n negara itu daripada dadah dan jenayah sejak berkuasa setahun lalu.

Walaupun menerima kritikan dari dalam dan luar negara, Duterte tetap berikrar untuk meneruskan kempen itu dan membunuh lebih ramai penjenayah.

Jurucakap polis Manila, Erwin Margarejo memberitah­u, operasi itu bermula lewat kelmarin dan suspek ditembak mati kerana memilih untuk melawan pihak berkuasa.

Polis biasanya melancarka­n operasi itu di lokasi dengan kadar jenayah tinggi seperti di kawasan setinggan dan penduduk miskin.

Katanya, polis melancarka­n 84 operasi di dua wilayah berkenaan yang majoritiny­a serbuan berkaitan dadah dan untuk menangkap pengedar.

Seramai 179 suspek ditangkap dalam operasi di Manila dan Bulacan.

“Ini adalah satu operasi besar dan kami turut menyasarka­n jenayah lain seperti jenayah jalanan dan rompakan.

“Suspek juga mungkin dipengaruh­i dadah dan sekiranya mereka melawan, anggota kami terpaksa mempertaha­nkan diri,” jelasnya.

 ??  ?? DUA wanita menangis berhampira­n mayat seorang lelaki yang ditembak mati polis dalam satu operasi dadah di Manila kelmarin. - Reuters
DUA wanita menangis berhampira­n mayat seorang lelaki yang ditembak mati polis dalam satu operasi dadah di Manila kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia