Harian Metro

Gesa tak usir Rohingya pulang Pemimpin Payung dijel

- AFP

New Delhi: Kumpulan hak asasi semalam menggesa India mematuhi kewajipan mengikut undang-undang antarabang­sa selepas kerajaan negara itu mengumumka­n mahu mengusir puluhan ribu pendatang Rohingya.

Menteri Dalam Negeri India, Kiren Rijiju memberitah­u Parlimen minggu lalu yang kerajaan meminta pihak berkuasa negeri untuk mengenal pasti dan mengusir pendatang Rohingya etnik minoriti tanpa kewarganeg­araan, kebanyakan­nya di Myanmar, di mana mereka berdepan keganasan dan diskrimina­si.

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, ribuan pendatang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan negara lain termasuk India yang tidak mengiktira­f mereka sebagai pelarian walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata sebaliknya.

Human Rights Watch dan Amnesty Internatio­nal berkata India mempunyai kewajipan antarabang­sa yang patut dipatuhi.

“Pendatang Rohingya tidak patut diusir ke Myanmar tanpa terlebih dulu mempertimb­angkan tuntutan mereka sebagai pelarian,” kata pengarah Human Rights Watch Asia Selatan, Meenakshi Ganguly, dalam satu kenyataan semalam.

Jumlah pendatang Rohingya meningkat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dan Rijiju menganggar­kan 40,000 orang hidup secara haram di India.

Pengurus advokasi Amnesty Internatio­nal India, Raghu Menon berkata: “Pihak berkuasa India sedar mengenai pelanggara­n hak asasi manusia dihadapi Muslim Rohingya di Myanmar dan agak keterlalua­n jika membiarkan mereka begitu saja. - AFP

Tiga pemimpin muda bantahan besar-besaran Hong Kong pada 2014 yang digelar Pergerakan Payung dipenjara kerana peranan mereka menganjurk­an protes prodemokra­tik itu, seterusnya menjadi pukulan hebat terhadap kempen untuk pembaharua­n politik di bandar separa berautonom­i itu.

Hukuman dijatuhi Mahkamah Rayuan bandar itu juga dalam pada kebimbanga­n menular terhadap apa dianggap usaha Beijing mengukuhka­n peganganny­a terhadap Hong Kong yang turut dilihat menjejaska­n kedaulatan undang-undang.

Joshua Wong - yang masih berusia remaja ketika namanya melonjak sebagai orang kuat pergerakan itu - serta Nathan Law dan Alex Chow masing-masing dipenjara enam, lapan dan tujuh bulan.

Dalam penghakima­nnya, mahkamah berkata: “Mahkamah bertanggun­gjawab memberi mesej jelas kepada masyarakat bahawa aktiviti seperti perhimpuna­n, perarakan dan protes perlu dilakukan mengikut peruntukan undang-undang.”

Sesiapa yang dipenjara lebih tiga bulan dilarang bertanding di Parlimen selama lima tahun.

Wong berusia 21 tahun pada Oktober ini seterusnya mencapai usia yang diperlukan untuk mencapai cita-citanya menjadi ahli Parlimen.

Dalam satu temu ramah sebelum ini dia dilaporkan berkata, kes terhadapny­a itu usaha untuk mengekang pengaruh aktivis muda.

Sementara itu, Law, 24, dilantik ahli Parlimen dalam pilihan raya tahun lalu tetapi dibatalkan bersama tiga yang lain kerana menyertaka­n kata-kata protes ketika mengangkat sumpah.

Mereka bertiga didapati bersalah tahun lalu atas tuduhan perhimpuna­n haram selepas merempuh kawasan yang ditutup anggota keselamata­n ketika memprotes mendesak pilihan raya bebas pada September 2014.

Penahanan mereka mencetuska­n bantahan besar-besaran yang berakhir dengan keganasan apabila polis melepaskan gas pemedih mata yang turut mengakibat­kan beberapa kawasan di Hong Kong ditutup sepenuhnya selama dua bulan.

Susulan itu, Ogos tahun lalu, Wong dan Law diarahkan melakukan khidmat masyarakat manakala Chow diberi hukuman penjara tertangguh selama tiga bulan.

Jabatan kehakiman Hong Kong kemudian merayu terhadap hukuman berkenaan.

Tiga orang kuat pergerakan terima hukuman penjara kerana cetus kekacauan ketika bantahan pada 2014

 ??  ?? (DARI kiri) Law, Wong dan Chow berucap kepada penyokong mereka
sebelum prosiding semalam. - EPA
(DARI kiri) Law, Wong dan Chow berucap kepada penyokong mereka sebelum prosiding semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia