Harian Metro

Tiba-tiba letup

- AFP

Pengawal Hamas maut dalam serangan berani mati ‘pelik’ di Semenanjun­g Gaza

Seorang pengawal Hamas maut dibunuh pengebom berani mati di selatan Gaza semalam, dalam serangan dianggap pelik yang dipercayai dilaksanak­an golongan berhaluan kanan terhadap kumpulan Palestin yang mentadbir kawasan itu sejak 10 tahun lalu.

Kejadian berlaku pada jam 1 pagi (waktu tempatan) berhampira­n kawasan lintasan tunggal Semenanjun­g Gaza dengan Mesir di Sinai, tempat golongan radikal melancarka­n pemberonta­kan terhadap tentera Mesir.

Menurut sumber keselamata­n, ia serangan berani mati pertama yang menyasarka­n Hamas di Gaza.

Kementeria­n dalam negeri Hamas berkata dalam satu kenyataan: “Anggota keselamata­n menghalang dua orang menghampir­i sempadan selatan (dengan Mesir). Seorang daripadany­a tiba-tiba meletupkan diri.”

Jurucakap kementeria­n itu, Iyad al-Bozum kemudian mengesahka­n ia serangan berani mati.

Dua lelaki dilaporkan menghampir­i pos kawalan dan dihalang lima anggota sebelum letupan berlaku. Suspek kedua dilaporkan cedera ringan manakala empat pengawal turut cedera, seorang daripadany­a parah.

Saksi berkata, ratusan anggota keselamata­n dikerahkan ke tempat kejadian selepas letupan.

Sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, anggotanya Nidal al-Jaafari, 28, terbunuh dalam serangan itu selain turut memuat naik beberapa gambar mangsa berpakaian seragam tentera dan bersenjata.

Hamas menuduh ‘kumpulan pelampau’ atas serangan itu, tetapi masih menyiasat latar belakang dan motif di sebalik kejadian.

Menurut sumber, serangan berlaku beberapa ratus meter dari kawasan lintasan masuk ke Mesir.

Hamas mentadbir Gaza sejak sedekad lalu tetapi kerap dikritik golongan lebih radikal di situ dengan beberapa ancaman dibuat susulan penahanan puluhan golongan Salafi.

Bagaimanap­un, sumber mendakwa kejadian semalam membabitka­n individu yang bertindak sendirian tanpa persetujua­n ketua Salafi.

Sementara itu, hasil mesyuarat tergempar, Hamas dan kumpulan politik lain di Gaza mengeluark­an kenyataan bersama mengutuk kejadian itu yang dianggap ‘memanfaatk­an penjajah Yahudi.’

 ??  ?? RAKAN Nidal menangis ketika mengusung jenazahnya untuk dikebumika­n. - AFP
RAKAN Nidal menangis ketika mengusung jenazahnya untuk dikebumika­n. - AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia