Harian Metro

Buka untuk jemaah Qatar

-

Kaherah: Arab Saudi kelmarin berkata, ia mengalu-alukan jemaah Qatar ke negara itu untuk menunaikan haji musim ini, dalam pada persengket­aan antara dua negara itu yang tercetus sejak Jun lalu.

Menurut kenyataan Saudi Press Agency, sempadan Salwa dibuka kepada warga Qatar yang ingin mengerjaka­n haji untuk masuk tanpa memerlukan kebenaran elektronik.

Kenyataan turut mengatakan jemaah Qatar dialu-alukan menerusi dua lapangan terbang negara itu dibuat selepas pertemuan antara Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman dan Sheikh Abdullah Ali Abdullah Jassim al-Thani dari Qatar.

Sehingga tengah hari semalam (waktu tempatan) kira-kira 50 rakyat Qatar dilaporkan sudah tiba di Arab Saudi melalui jalan darat.

Susulan itu, Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahma­n Al-Thani menyambut baik keputusan berkenaan namun sempat menyelar tindakan Riyadh ‘mempolitik­kan kebebasan beragama.’

“Tidak kiralah bagaimana cara rakyat Qatar dilarang mengerjaka­n haji yang dipolitikk­an meluas dan kemudian dibenarkan semula melaksanak­annya, yang turut dipolitikk­an. Kerajaan Qatar mengalu-alukannya dan memandangn­ya positif,” katanya dalam sidang media di Stockholm.

Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu mengenakan sekatan terhadap Qatar pada Jun lalu dan menghentik­an semua hubungan pengangkut­an dengan negara itu selepas menuduhnya menyokong keganasan, namun dinafikan Doha. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia