Harian Metro

Perkasa Toffees

Everton ikat Sigurdsson lima tahun dengan bayaran RM249 juta

- AFP London

Everton mengikat pemain tengah Iceland, Gylfi Sigurdsson

(gambar) dari kelab pencabar Liga Perdana Inggeris, Swansea City dengan rekod kelab £45 juta (RM249 juta) semalam.

Pemain berusia 27 tahun itu menandatan­gani kontrak lima tahun dengan gaji dilaporkan £100,000 (RM554,000) seminggu untuk muncul pemain paling mahal dibeli Everton, mengatasi catatan £31.8 juta (RM176 juta) dibayar mereka kepada Chelsea ketika membeli Romelu Lukaku pada 2014.

“Harapnya saya akan terus membantu mencipta gol dan menjaringk­an gol buat pasu kan serta menyumbang kejayaan yang dicari-cari kelab ini,” kata Sigurdsson.

“Kelab ini bercita-cita besar dan jelas kami menuju landasan yang amat baik. Perkara paling penting pasukan ini terus memenangi perlawanan dan melonjak dalam carta serta melakukann­ya sepanjang musim.”

Sigurdsson, memainkan peranan penting buat Swansea mengekalka­n status mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu selepas menjaringk­an sembilan gol serta membantu mencipta 13 gol, menarik diri daripada jelajah pramusim ke Amerika Syarikat dan tidak dinamakan dalam skuad ketika seri 0-0 dengan Southampto­n hujung minggu lalu.

Swansea sudah menolak dua bidaan Everton selain menolak tawaran yang dilaporkan £40 juta (RM222 juta) dari juara 2016 Leicester City pada awal musim panas ini.

Sigurdsson menyertai Swansea secara pinjaman pada Januari 2012 dari kelab Jerman, Hoffenheim sebelum perpindaha­n kekal ke kelab selatan Wales itu tidak menjadi kenyataan dan Tottenham mengikatny­a selama dua tahun.

Selepas melakukan 58 penampilan liga utama buat Spurs, dia kembali menyertai Swansea buat kali kedua dan menghabisk­an tiga musim di Stadium Liberty.

Dia turut beraksi 50 kali buat Iceland, membantu negaranya layak ke suku akhir Euro 2016.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia