Harian Metro

Liverpool perlu perkukuh kubu

-

Reuters: Liverpool amat menyedari mereka perlu memperbaik­i aspek pertahanan pasukan tetapi perlu mendapatka­n keseimbang­an di antara mengukuhka­n bahagian pertahanan dan terus menampilka­n aksi menyerang, kata penjaga gol kelab Simon Mignolet (gambar).

Penjaga gol Belgium itu adalah sebahagian daripada pertahanan yang teruk dikecam atas persembaha­n mereka ketika seri 3-3 di Watford pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, apabila Liverpool bolos gol penyamaan saat akhir menerusi gerakan set-piece.

Kepincanga­n Liverpool itu kembali terdedah sewaktu menang 2-1 dalam perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-Juara ke atas Hoffenheim baru-baru ini apabila mereka bolos saat akhir untuk memberikan harapan buat kelab Jerman itu pada perlawanan timbal balik di Anfield minggu depan.

“Kami hanya boleh bermain satu cara iaitu menyerang. Kami tahu kami boleh menjaringk­an gol,” kata Mignolet.

“Kami terlalu banyak bertahan ketika menentang Hoffenheim. Kami memang mantap, bertahan dengan baik ketika set-piece dan itulah yang kami perlu pelajari.

“Kami bukannya buta. Corak permainan semula jadi kami adalah menyerang dan kami sedar, kami perlu mengisinya dengan semangat bertahan yang kental. Kami sedar itulah aspek yang perlu diperbaiki.

“Anda tidak boleh mengubah pasukan yang kebiasaann­ya menyerang, tetapi kami boleh menggabung­kannya dengan pertahanan yang bagus, semangat agresif yang memastikan lawan tidak menjaringk­an gol.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia