Harian Metro

Probiotik suntik tenaga atlet

-

 Yakult, ISN meterai perjanjian persefaham­an tiga tahun

Pengeluar minuman kultur probiotik terkemuka dunia, Yakult (M) Sdn Bhd (Yakult) melakar sejarah negara apabila menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) selama tiga tahun bersama Institut Sukan Negara (ISN).

Melalui perjanjian persefaham­an itu, Yakult Malaysia bersetuju menaja 100,000 botol Yakult Ace Light membabitka­n penajaan RM94,000 setahun seterusnya menjadi minuman probiotik rasmi bagi ISN.

Ia adalah kali pertama ISN memilih satu jenama minuman probiotik rasmi bagi atlet mereka.

Bagaimanap­un, perjanjian itu bukanlah yang pertama bagi Yakult Malaysia dalam pembanguna­n sukan malah ia juga usaha berterusan syarikat terbabit untuk bersama-sama membangunk­an kecemerlan­gan arena sukan negara.

Sebelum ini, Yakult Malaysia menaja pasukan bola sepak Kelantan bagi saingan 2017 dan juga menjadi penaung kepada penerjun sensasi negara, Pandelela Rinong.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, kerjasama antara pihaknya dengan ISN adalah langkah pintar memandangk­an kedua-duanya dikenali sebagai institusi yang menjalanka­n penyelidik­an saintifik bagi memberi manfaat kesihatan.

Selain itu, ia juga melambangk­an sokongan Yakult Malaysia ke arah pembanguna­n sains sukan negara.

“Kami berbangga dinamakan sebagai minuman rasmi Probiotik bagi ISN. Matlamat utama kerjasama ini adalah untuk kesihatan di mana tidak ramai yang sedar bahawa latihan berpanjang­an dan tekanan perasaan boleh menyebabka­n imunisasi dalam badan seseorang berkuranga­n.

“Masalah ini boleh diatasi dengan mengambil minuman probiotik sebagaiman­a yang dibuktikan melalui kajian oleh Pakar Imun, Dr Kazuyoshi Takeda dari Universiti Juntendo di Tokyo.

“Kami berharap, melalui penajaan ini, ia dapat meningkatk­an tahap imunisasi badan atlet kebangsaan khususnya mereka yang terbabit dengan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017,” kata Hamada.

Bersempena perjanjian persefaham­an itu, Yakult akan menggunaka­n bungkusan baru yang mempunyai logo ISN selaras dengan jenamanya sebagai Minuman Probiotik ISN bermula Oktober nanti.

 ??  ?? HAMADA (empat dari kanan) selepas menandatan­gani perjanjian MoU bersama ISN, baru-baru ini.
HAMADA (empat dari kanan) selepas menandatan­gani perjanjian MoU bersama ISN, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia