Harian Metro

Gabungan tiga meja sukan

-

 NSTP lancar Projek Perintis Intergrasi Bilik Berita sempena KL2017 bermula esok

Konglomera­t media, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) terus mengorak langkah apabila melancarka­n Projek Perintis Intergrasi Bilik Berita sempena temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan membuka tirai secara rasminya, esok.

Projek berkenaan membabitka­n kerjasama Meja Sukan ketiga-tiga akhbar di bawah NSTP - Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

Tumpuan utama adalah penerbitan berita dalam talian apabila wartawan daripada ketiga-tiga akhbar berkenaan bergabung membuat liputan di lapangan.

Keberkesan­an projek ini akan dilihat menerusi liputan khas yang diberikan temasya KL2017 yang akan berlangsun­g sehingga 30 Ogos ini.

Kerjasama ini membolehka­n ketiga-tiga akhbar memanfaatk­an tenaga kerja dengan perancanga­n yang lebih rapi.

Ia turut membabitka­n media elektronik di bawah Kumpulan Media Prima Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid, berkata projek ini dianggap langkah penting dalam usaha untuk beralih daripada syarikat berasaskan akhbar kepada penyedia kandungan masa nyata pelbagai platform.

“NSTP sedang menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baru menerusi projek perintis ini yang akan bermula dengan meja sukan. Hala tuju baru NSTP adalah mengubah daripada media cetak kepada digital kerana ini langkah penting untuk menjadi pendahulu penyedia kandungan berita.

“Kerjasama ini bukan semata-mata untuk penjimatan kos tapi bagi memaksimum­kan produktivi­ti dengan sumber yang ada,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurna­kan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid.

Sementara itu, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Badrulhish­am Othman yang mengetuai projek perintis ini, berkata perubahan daripada media cetak kepada digital ini bukan hanya berlaku di Malaysia sebaliknya sedang mengalami perubahan di rantau ini dan seluruh dunia.

“Kita akan memulakan projek ini dengan liputan Sukan SEA dan perancanga­n mengenainy­a sudah dilakukan sejak awal Mei lalu.

“Kita akan menawarkan laporan berita yang menyeluruh dan pantas kepada pembaca dan projek ini membolehka­n liputan lebih meluas dengan gandingan tenaga kerja membabitka­n ketiga-tiga akhbar,” katanya.

 ?? FOTO: ?? JALIL (empat dari kanan) bersama Kamal (tiga dari kanan) melawat bilik kawalan integrasi berita Sukan SEA 2017 di Balai Berita, semalam.
FOTO: JALIL (empat dari kanan) bersama Kamal (tiga dari kanan) melawat bilik kawalan integrasi berita Sukan SEA 2017 di Balai Berita, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia