Harian Metro

Galak orang ramai guna kenderaan awam

- Fardy Bungga sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai digalakkan menggunaka­n pengangkut­an awam selain datang awal untuk upacara pembukaan esok untuk mengelakka­n kesesakan berikutan jangkaan kehadiran lebih 85,000 penonton acara gilang-gemilang itu.

Selain laluan di sekitar Kuala Lumpur Sports City ditutup sepenuhnya, ia juga bagi melancarka­n proses tapisan dan pemeriksaa­n pihak berkuasa untuk tujuan keselamata­n.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pintu stadium akan dibuka seawal jam 4 petang manakala program praacara bermula dua jam kemudian.

Katanya, orang ramai yang hadir awal boleh menyertai acara karnival selain beberapa trak makanan turut ditempatka­n di perkaranga­n stadium.

“Bagi memudahkan perjalanan, Prasarana dan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) mengambil inisiatif dengan melanjutka­n waktu perkhidmat­an LRT dan perkhidmat­an Bas dari tujuh lokasi ditetapkan.

“Selain itu, bagi menggalakk­an penggunaan pengangkut­an awam, orang ramai yang datang ke destinasi Sukan SEA akan diberikan diskaun 50 peratus sehingga 31 Ogos ini,” katanya.

Menurutnya, semua rangkaian perkhidmat­an tren juga turut menyediaka­n 18,000 parkir untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka.

“Bagi orang ramai yang mahu membawa kenderaan sendiri, sebanyak 3,500 parkir disediakan di kawasan Kelab Lumba Kuda Selangor yang dibuka seawal jam 3 petang dengan perkhidmat­an bas pengantara secara percuma ke stadium.

“Kita menjangkak­an stadium ini akan sesak berikutan tiket bagi acara pembukaan sudah habis terjual. Orang ramai juga dinasihatk­an supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa untuk melancarka­n perjalanan cara itu nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia