Harian Metro

‘Tarian emas’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Hua Wei beri emas renang berirama rutin solo teknikal

Gan Hua Wei

(gambar)

menghadiah­kan khabar gembira buat kem negara apabila melakukan kejutan dengan memenangi emas pertama dari kolam renang dalam acara renang berirama untuk kategori rutin solo teknikal.

Lebih menggembir­akan, dia menebus kekecewaan rakan senegara Zylane Lee yang sebelum itu menduduki tempat kedua dalam acara rutin solo bebas.

Berpengala­man beraksi di Kejohanan Dunia, Hua Wei, 18, memperaga aksi menarik diiringi alunan muzik dari Nathan Lanier untuk menang dengan hanya kelebihan 0.0133.

Dia menewaskan dua atlet Singapura, Debbie Soh yang mengumpul 73.8253 mata dan Miya Yong Hsing, 72.3769 mata masing-masing untuk pingat perak dan gangsa.

Hua Wei berkata, kemenangan itu membolehka­n dia membalas dendam kekalahan Zylane yang sebelum itu tewas di tangan Debbie.

“Saya sangat gembira. Terima kasih kepada semua yang datang memberikan sokongan. Kehadiran penonton memanggil nama saya menjadikan saya cukup bersemanga­t untuk memberikan yang terbaik.

“Selepas Zylane yang saya anggap seperti kakak tewas, saya rasa bertanggun­gjawab untuk menang,” katanya yang melakarkan pencapaian terbaik meraih perak di Kejohanan Terbuka Jerman dalam acara yang sama tahun lalu.

Hua Wei yang berpengala­man sebagai penari balet sebelum ini berpeluang untuk menambah koleksi pingat emasnya apabila turun berpasanga­n dengan Zylane dalam acara duet teknikal hari ini.

Dua tahun lalu, skuad renang berirama negara berjaya meraih satu emas dan dua perak. Emas disumbangk­an dalam acara duet menerusi Zylane dan Kathrina Ann Abdul Hadi.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia