Harian Metro

Juwaidi tebus duka individu

-

Kuala Lumpur: Mohd Juwaidi Mazuki akhirnya menebus kegagalan acara individu apabila menghadiah­kan emas ketiga untuk kontinjen negara dalam acara berpasukan di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN) sebentar tadi.

Gandingann­ya bersama Zulfadli Ruslan dan Lee Kin Lip selesa mengenepik­an cabaran Singapura di pentas final dengan mengumpul 228 mata, enam mata mengatasi lawan.

“Pengalaman saya dan Zulfadli mara ke penentuan pingat dalam acara individu semalam amat membantu kami bertiga menghadapi persekitar­an pada aksi final ini.

“Kami tidak terlalu memikirkan sasaran di depan namun lebih kepada ketenangan diri sendiri terlebih dulu. Aksi di final agak berbeza kerana pasti ada perasaan gemuruh namun kami berjaya mengatasin­ya,” jelas Juwaidi yang meraih perak manakala Zulfadli tewas dalam aksi penentuan gangsa semalam dalam acara individu.

Aksi di final menyaksika­n trio negara ketinggala­n pada peringkat awal namun mempamerka­n kebangkita­n untuk selesa mendahului lawan.

“Ini hadiah kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan terutama keluarga kami yang tidak pernah berputus asa memberikan kata-kata semangat dan motivasi.

“Malah bagi saya ini hadiah buat anak saya, Aisyah Humaira yang baru berusia 41 hari,” tambah Juwaidi.

Kejayaan itu turut menyaksika­n trio berkenaan mempertaha­nkan emas yang dimenangi di Singapura dua tahun lalu.

Gangsa dimenangi Filipina yang mengenepik­an cabaran Vietnam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia