Harian Metro

‘Fokus lebih daripada biasa’

-

Shah Alam: Tonggak tengah skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Nor Azam Abdul Azih mengingatk­an rakan sepasukan mereka perlu ‘lebih fokus daripada biasa’ untuk menepati sasaran layak ke pentas final.

Walaupun menang dua aksi awal peringkat Kumpulan A apabila menewaskan Brunei dan Singapura dengan keputusan 2-1, pemain utama Pahang itu berpandang­an masih ada kelemahan yang harus diperbaiki terutama aspek fokus.

“Kami tak boleh leka selepas mencatatka­n dua kemenangan berturut-turut setakat ini.

“Kami cepat hilang fokus dan masalah itu perlu diatasi segera supaya tidak tertekan selepas dibolosi awal.

“Mungkin rehat lima hari ini sebelum turun bermain menentang Myanmar nanti dapat bagi kami masa untuk perbaiki masalah tumpuan di padang,” katanya ketika ditemui selepas berakhirny­a aksi menentang Singapura di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Azam, 22, yang membangkit­kan ‘mood’ pasukan menerusi jaringan penyamaan ketika menewaskan pasukan dari seberang Tambak Johor itu menjelaska­n, dia sama sekali tidak menyangka rembatan dilakukan itu menghasilk­an gol.

“Separuh masa pertama nampak macam kami tak boleh main, tapi semuanya berbeza apabila jurulatih ubah taktikal permainan.

“Memang rezeki saya dapat jaringkan gol pertama dan saya sendiri tak sangka bola itu masuk.

“Gol itu bukan saja dapat ikat kedudukan, malah juga menaikkan semangat pasukan. Kemudian gol Thana (N Thanabalan) memang melegakan saya dan rakan lain. Apapun, seperti saya katakan tadi, kami kena lebih fokus selepas ini,” katanya.

Kemenangan berkenaan meletakkan Malaysia di tangga kedua kumpulan selepas berkongsi enam mata bersama Myanmar yang memiliki kelebihan satu gol.

Skuad negara akan berdepan Myanmar Isnin ini untuk mara ke separuh akhir pada 26 Ogos nanti jika melakar kemenangan ketiga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia