Harian Metro

Kukuh benteng!

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Chun Yong tuntut anak buah fokus ketika bertahan

Skuad futsal negara perlu mengelak skrip sama Kejohanan Futsal AFF 2016 berulang apabila bertemu Myanmar di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, malam ini.

Pada aksi terakhir Kumpulan B itu, Malaysia selesa mendahului 3-0 pada babak pertama namun mensia-siakan kelebihan tiga gol sebelum tumbang 3-5 sekali gus sekadar menjadi naib juara kumpulan dan bertemu gergasi

Asia Tenggara, Thailand di separuh akhir.

Justeru, pengendali skuad futsal lelaki, Chiew Chun Yong mengingatk­an anak buahnya supaya tidak mengulangi kesilapan sama dan perlu fokus setiap kali bertahan.

(gambar dua kiri)

“Masalah utama adalah pemain tidak dapat mengekalka­n fokus dan sebab itu kami dihukum Myanmar.

“Perkara ini amat dititikber­atkan dan saya cuba mencari jalan penyelesai­an menerusi beberapa perlawanan persahabat­an sebelum ini.

“Saya lihat konsentras­i pemain kian meningkat dan mengharapk­an pemain dapat terus menunjukka­n aksi terbaik,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini, semalam.

“Pemain juga sudah bersedia dan latihan diadakan hanya untuk menambah baik beberapa bahagian yang masih belum menepati apa yang saya mahukan.

“Kini segala-galanya terpulang kepada anak buah saya di atas gelanggang. Pasukan yang memiliki kekuatan mental lebih baik akan memiliki kelebihan pada perlawanan ini,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN futsal negara (kiri) diingatkan tidak lalai ketika bertahan.
PEMAIN futsal negara (kiri) diingatkan tidak lalai ketika bertahan.
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia