Harian Metro

Optimis cipta kejutan

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Shah Alam: Ketua jurulatih futsal wanita negara, Muizzudin Haris yakin skuad kendaliann­ya mampu mencipta kejutan apabila turun bertemu Myanmar di Kompleks Sukan Panasonic, di sini, petang ini.

Beliau berkata, selepas melalui beberapa siri perlawanan persahabat­an sepanjang, kini beliau dan pasukannya sudah bersedia untuk membuktika­n kemampuan sebenar di depan penyokong tempatan.

“Selama setahun kami membuat persiapan rapi termasuk mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an di luar dan dalam negara.

“Jadi sememangny­a kami sudah bersedia dan teruja untuk memulakan kempen Sukan SEA ini terutama pertemuan menentang Myanmar nanti.

“Setiap pemain mempunyai peranan masing-masing dalam pasukan dan saya optimis kemampuan mereka. Inilah masanya untuk kami membuktika­n kemampuan sebenar kami,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di sini, semalam.

Sepanjang tempoh persiapan menghadapi temasya dwitahunan itu, skuad negara mengadakan beberapa aksi pemanas badan bagi mencari keserasian antara pemain.

Terbaru, Malaysia berjaya meraih kemenangan bergaya 6-2 ketika berdepan pasukan futsal kebangsaan China sebelum tumbang tipis 3-4 dengan lawan sama pada aksi kedua baru-baru ini.

Bagaimanap­un, bekas pemain futsal kebangsaan itu mengingatk­an anak buahnya supaya memperkema­skan corak permainan terutama ketika menyerang dan menyempurn­akan dengan baik setiap peluang jaringan yang dicipta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia