Harian Metro

Perak pun OK

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

 Skuad chinlone akur kehebatan Thailand di final

Biarpun terpaksa akur dengan kehebatan musuh tradisi Thailand, skuad chinlone negara tetap menepati sasaran apabila memenangi pingat perak dalam acara non repetition primary.

Dalam aksi final di Stadium Tertutup Titiwangsa malam tadi, Malaysia tewas dengan perbezaan 63 mata selepas sekadar mengumpul 300 mata berbanding 363 mata yang diperoleh skuad Gajah Perang.

Bagi pengurus chinlone negara, Wan Husni Abdullah, walaupun misi skuad bimbingann­ya untuk mencipta kejutan gagal, tetapi beliau tetap berpuas hati dengan semangat juang dipamerkan anak didiknya.

“Walau apapun keputusan malam ini, saya tetap bangga dengan persembaha­n pemain kerana menunjukka­n kesungguha­n tinggi. Malah, mereka juga berjaya merakam rekod baru dari segi kutipan mata.

“Memang masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki, kalau kita lihat masalah asas yang lemah membawa kepada beberapa kali bola terjatuh sekali gus menyebabka­n kita ketinggala­n di awal permainan,” katanya.

Sebelum itu, dalam pusingan awal, Malaysia yang mengumpul 298 mata bersama Thailand (372) tidak berdepan masalah mengetepik­an Kemboja (280) dan Brunei (147) untuk mara ke final.

Kejayaan itu menyaksika­n skuad negara menutup gelanggang chinlone dengan mengutip satu pingat emas, perak (satu) dan gangsa (dua) sekali gus menjadi pencapaian terbaik sejak acara itu mula dipertandi­ngkan pada edisi 2013 Myanmar.

Sebagai rekod, pada edisi 2015 Singapura, Malaysia meraih satu pingat perak dan gangsa manakala hanya enam gangsa ketika negara pengasasny­a Myanmar menjadi tuan rumah edisi 2013.

 ?? MOHD YUSNI ARIFFIN ?? PASUKAN chinlone negara menunjukka­n pingat perak yang dimenangi dalam acara Chinlone Event 1 (non repetition primary) di Stadium Titiwangsa, malam tadi.
MOHD YUSNI ARIFFIN PASUKAN chinlone negara menunjukka­n pingat perak yang dimenangi dalam acara Chinlone Event 1 (non repetition primary) di Stadium Titiwangsa, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia