Harian Metro

BERFIKIR 2 BULAN SEBELUM BERSETUJU

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Mengenali diri dan perwatakan Datuk M Nasir, 60, memberi gambaran bukan mudah menyunting­nya bagi menjayakan sebarang

projek kerana dia amat mementingk­an kepuasan berkarya dan kualiti projek yang

ditawarkan kepadanya. Sehubungan itu, bukan sesuatu yang menghairan­kan apabila dia mengambil masa dua bulan untuk berfikir sebelum bersetuju dengan tawaran daripada Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro Saniboey Mohd Ismail bagi membintang­i drama bersiri lapan episod

berjudul DO(s)A. Saniboey merisik Nasir pada awal Ramadan

lalu namun dia tidak terus memberikan jawapannya. Saniboey terus sabar menunggu kerana watak Latif dalam drama berkenaan khusus dibentuk untuk penyanyi lagu

Mentera Semerah Padi itu. Nasir ketika ditemui berkata, dalam tempoh dua bulan itu dia memikirkan semua aspek merangkumi jadual kerja dan kelapangan

masa sebelum bersetuju. Kontrovers­i yang menghimpit Tasha Shilla dua tahun lalu menyebabka­n pelakon jelita ini seolah-olah menyepikan diri dari muncul di kaca televisyen.

Namun, kontrovers­i itu semuanya kisah lalu dan gadis berusia 30 tahun ini sudah membuka lembaran baru.

Kini, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak bangkit semula dan kembali aktif dalam bidang lakonan.

Terbaru, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini baru tamat penggambar­an drama bersiri Sedingin Cinta Antasya yang akan disiarkan di HyppTV mulai Isnin ini, jam 9 malam.

Dalam drama 30 episod itu, Tasha berlakon sebagai wanita malang bernama Antasya yang terpaksa melalui pelbagai dugaan hidup.

Menurut Tasha, plot cerita serta personalit­i menarik Antasya membuatkan dia menerima tawaran lakonan drama itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia