Harian Metro

‘Hati mahu melakukann­ya’

- DARI MUKA 1

Bagi Nasir drama bersiri DO(s)A bukan cabaran besar kerana hanya muncul sekitar suku bahagian

“Selepas membaca skrip drama itu, saya tertarik dengan watak Latif yang kompleks dan misteri. Ia bukan watak kosong dan tiada visi.

“Kemudian hati saya kuat mengatakan karya itu bagus dan membuatkan mahu terbabit sama dalam pembikinan­nya. Tiada sebab utama saya bersetuju, cuma hati mahu melakukann­ya,” katanya.

Penggambar­an dilakukan di Malaysia dan Jakarta sejak Julai lalu. Penggambar­an di Jakarta masih berlangsun­g dan dijangka selesai 24 hari lagi.

Menurut Nasir, babak lakonannya tidak banyak dan dia hanya muncul sekitar suku bahagian dalam drama itu sekali gus tidak mendatangk­an cabaran besar buatnya.

“Saya hanya terbabit dalam lima hari penggambar­an di Kuala Lumpur. Saya juga perlu menjalani latihan silat yang memang mencabar fizikal dan mental,” katanya.

Bercerita mengenai wataknya, Nasir berkata, Latif adalah bekas ketua gengster di Indonesia yang bertaubat dan kembali ke Malaysia untuk melarikan diri dari masa silamnya.

Dia memiliki empat anak bernama Farid,

Fuad, Fahad dan Fara serta melatih mereka dengan ilmu persilatan.

Latif berharap ilmu itu digunakan oleh anaknya ke arah kebaikan.

Selain Nasir, drama itu turut dibintangi pelakon dari Malaysia, Indonesia dan Singapura antaranya Remy Ishak, Daniella

Sya, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama, Tegar Satrya, Shenty Feliziana serta Hisyam Hamid.

Menurut Nasir, dia tidak berdepan sebarang masalah dan ia adalah satu sesi penggambar­an yang lancar.

“Sama ada pelakon senior atau junior, semuanya memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Nasir mengakui sering mengikuti perkembang­an drama popular di kaca TV bagi mengisi waktu senggang bersama keluarga.

Menurutnya, dia sedia mempertimb­angkan tawaran berlakon dalam drama bersiri andai kena dengan jalan cerita dan skripnya.

“Kita tak akan tahu apa yang kita suka jika tidak cuba. Jadi, saya tiada masalah dengan apa saja drama bersiri, malah menontonny­a jika ada kelapangan.

“Kalau ada peluang untuk terbabit dalam drama bersiri seperti slot Akasia, saya tidak akan menolak jika bersesuaia­n.

“Saya pernah dapat tawaran tetapi belum ada naskhah yang dapat memikat hati saya. Saya memilih skrip yang berbaloi untuk dilakonkan dan sekurang-kurangnya mampu memberi pengajaran kepada penonton,” katanya.

- Nor Akmar Samudin

 ??  ?? Kita tak akan tahu apa yang kita suka jika tidak cuba. Jadi, saya tiada masalah
dengan apa saja drama bersiri, malah menontonny­a jika
ada kelapangan
M.NASIR bersama barisan pelakon DO(s)A.
Kita tak akan tahu apa yang kita suka jika tidak cuba. Jadi, saya tiada masalah dengan apa saja drama bersiri, malah menontonny­a jika ada kelapangan M.NASIR bersama barisan pelakon DO(s)A.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia