Harian Metro

Mahu sertai program realiti NYANYIAN di china

- Michelle Gun michellegu­n@ hmetro.com.my

Meer tak sangka muncul naib juara Pertanding­an Chinese Bridge ke-16 di Changsha

Bekas anggota kumpulan Votez, Meer Nash yang memenangi tempat kedua dalam Pertanding­an Chinese Bridge ke-16 di Changsha, China mengakui tiada masalah membuat pengucapan awam dalam bahasa Mandarin ketika mewakili Malaysia menyertai pertanding­an itu, baru-baru ini kerana sudah menguasai bahasa itu sejak sekolah rendah.

Meer atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd

Nashrul, 22, berkata, dia berpeluang memperting­katkan penguasaan bahasa Mandarin apabila mengikuti kelas bahasa ketiga di universiti.

“Sebenarnya, selepas tamat belajar bahasa Mandarin di tingkatan tiga, saya terlupa banyak perkataan kerana jarang menggunaka­n bahasa itu,” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam ini.

Meer tidak menafikan pertanding­an selama sebulan itu sangat mencabar kerana perlu bersaing dengan 36 peserta lain dari negara Asia.

“Pertanding­an ini memerlukan peserta membuat pengucapan awam dan persembaha­n seni selain menjawab soalan berkaitan China.

“Mujur saya masih ingat didikan guru sekolah rendah dan ditambah dengan tunjuk ajar daripada guru di pertanding­an menguatkan lagi semangat untuk menyiapkan setiap tugasan.

“Tidak sangka saya dapat menewaskan peserta lain untuk memasuki Top 30 diikuti Top 15 dan seterusnya bertanding dengan empat peserta dari benua Amerika, Afrika, Australia dan Eropah di final,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Meer juga mempunyai perancanga­n untuk menyertai program realiti nyanyian di China.

“Pada segmen persembaha­n kesenian pertanding­an itu, saya memilih untuk menyanyi lagu You Are My Eyes nyanyian Hsiao Huang Chi. Tak sangka persembaha­n saya diterima baik dan layak ke pusingan seterusnya.

“Menerusi pengalaman ini, saya mahu menyertai program realiti di China, mana tahu jika saya boleh melebarkan karier nyanyian ke sana,” katanya.

Kemenangan itu juga melayakkan Meer menerima biasiswa untuk melanjutka­n pengajiann­ya di manamana universiti di China.

Menurut Meer, buat masa ini dia belum membuat sebarang perancanga­n kerana masih mempunyai dua tahun untuk menamatkan pengajiann­ya.

“Saya belum berfikir mahu belajar bidang apa di China selepas tamat pengajian di UiTM nanti.

Mungkin saya akan pilih bidang berkaitan dengan seni kerana minat menyanyi,” katanya.

Pertanding­an ini memerlukan peserta membuat pengucapan

awam dan persembaha­n

seni selain menjawab soalan

berkaitan China

 ??  ?? MAHU cuba nasib sebagai penyanyi di China.
MAHU cuba nasib sebagai penyanyi di China.
 ??  ?? MEER ketika menyertai pertanding­an di China, baru-baru ini.
MEER ketika menyertai pertanding­an di China, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia