Harian Metro

Selit lebih banyak babak Transforme­rs

Syafiq puas curah ilmu CGI dalam filem Abang Long Fadil 2

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Saya sedar belum mampu melakukan CGI setaraf filem Hollywood, tapi sekurangku­rangnya percubaan saya berjaya

syafiq

Gemar melakukan eksperimen terhadap setiap filem garapannya, pengarah muda Syafiq Yusof, 25, gembira apabila hasrat memasukkan babak Transforme­rs dalam filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) terlaksana.

Inilah antara kelainan dalam filem yang bakal ditayangka­n bermula Khamis depan.

Filem aksi komedi ini diterbitka­n Skop Production­s Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Shaw. Ia menampilka­n lakonan Zizan Razak, Syamsul Yusof, Achey Bocey, Shuib Sepahtu, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Tania Hudson, A Galak dan ramai lagi.

Walaupun dalam

Abang Long Fadil 1, Syafiq turut memasukkan sedikit babak filem Transforme­rs, tetapi dalam sekuelnya ini lebih banyak babak filem pecah panggung terkenal itu dimuatkan.

Hampir 40 peratus pembikinan Abang Long Fadil 2 menggunaka­n teknik Imej Janaan Komputer (CGI).

Mengakui sangat meminati filem Transforme­rs, Syafiq dapat mencurahka­n sepenuh ilmunya dalam dunia CGI menerusi filem terbarunya ini.

Bantuan daripada pihak berkenaan berjaya merealisas­ikan impiannya dan berharap dapat berbuat begitu lagi untuk filem akan datang.

“Sudah lama saya menyimpan hasrat itu dan tidak saya nafikan ia agak susah kerana di Malaysia tidak ramai yang boleh melakukann­ya.

“Kebanyakan­nya menyambung kemahiran itu di luar negara untuk mendapatka­n CGI yang lebih menarik dan canggih,” katanya.

Syafiq berkata, seramai 22 orang digunakan dalam memastikan babak CGI nampak lebih sempurna dan realistik.

“Saya sedar belum mampu melakukan CGI setaraf filem Hollywood, tapi sekurang-kurangnya percubaan saya berjaya.

“Insya-Allah jika ada peluang saya mahu melakukann­ya lagi untuk filem akan datang,” katanya.

MINAT WAK DOYOK

Dalam pada itu, berkongsi mengenai pembabitan Wak Doyok, Syafiq berkata, sebelum popular dia sudah meminati Wak Doyok dan sering mengikuti perkembang­annya di Instagram.

Dia juga sudah

 ??  ?? ANTARA babak menarik.
ANTARA babak menarik.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia