Harian Metro

Kekalkan elemen romantik

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Selepas genre seram, pengarah Aidilfitri Mohamed Yunos mempertaru­hkan pula filem genre romantik berjudul Dubai My Love yang bakal ditayangka­n bulan depan.

Selain memaparkan keindahan kota Dubai, filem terbitan Tsar Asia Sdn Bhd ini juga menampilka­n barisan bakat baru iaitu Hana Aqeela, Erwin Dawson, Putri Najuwa dan Ben Ali selaku teraju utamanya.

Ketika ditemui, Aidilfitri yang sudah bergelar pengarah sejak 18 tahun lalu mengakui filem itu cukup bermakna buatnya.

“Saya terima tawaran untuk mengarahka­n filem ini kerana tertarik dengan naskhahnya. Jalan ceritanya juga menarik kerana ia mengangkat kisah lelaki yang ditinggalk­an pasangan pada hari perkahwina­nnya.

“Bagi saya, cinta itu sendiri seperti satu perjalanan dalam hidup kita. Saya juga mengekalka­n elemen romantik yang lebih mendalam dan mampu menyentuh emosi penonton nanti,” katanya.

Menurut Aidilfitri, dia

PERTARUH WAJAH BARU

Selaku pengarah, Aidilfitri percaya dia perlu memberi peluang kepada bakat baru sekali gus sebagai pelapis dalam industri filem tanah air.

“Saya dan penerbit eksekutif filem ini, Wan Sariah Wan Jaafar memang berbincang secara terperinci dari segi pemilihan pelakon untuk beraksi dalam filem ini.

“Kami juga sepakat mengetenga­hkan barisan pelakon baru seperti Hana Aqeela, Erwin dan Putri Najuwa. Mereka mempunyai bakat dan potensi yang besar dalam bidang lakonan.

“Pemilihan juga dibuat berdasarka­n prestasi lakonan mereka sebelum ini,” katanya.

Aidilfitri berkata, dia juga berpuas hati dengan komitmen yang diberikan barisan pelakon filem itu.

“Kami sudah buat yang terbaik dan berharap filem ini mampu menarik penonton apabila ditayangka­n nanti,” katanya.

Antara karya arahannya sebelum ini ialah filem seram Aku Haus Darahmu, drama Mantera Anjasmoro dan Rindu Awak 200 Peratus.

 ?? FOTO ?? AIDILFITRI bersama pelakon
Dubai My Love.
FOTO AIDILFITRI bersama pelakon Dubai My Love.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia