Harian Metro

Tugasan akhir pelajar tingkatan 5

-

Teater Anak Raja Anak Papa dipentaska­n di Auditorium Sekolah

Seni Malaysia Johor esok

Teater Anak Raja Anak Papa karya Lenny Erwan pernah beberapa kali dipentaska­n termasuk pada 2015 menerusi program Siri Semarak Bangsawan yang dijayakan pelakon Opera Sri Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Karya nukilan

Lenny ini berdasarka­n cerita yang kita semua pernah mendengar dan membacanya malah mudah difahami.

Selain hiburan, naskhah ini banyak menyelitka­n pengajaran seperti sesuatu yang indah di mata belum tentu realitinya begitu.

Terbaru, Anak Raja

Anak Papa kini dipilih sebagai subjek tugasan akhir pelajar tingkatan lima bidang seni teater untuk mencapai kriteria band 6 bagi mata pelajaran seni Teater Sekolah Seni Malaysia Johor.

Ia membabitka­n sembilan pelajar dan akan dipentaska­n di Auditorium Sekolah Seni Malaysia

Johor jam 8 malam esok secara percuma.

Teater ini sebagai pembukaan dan perasmian untuk Final Year Art Assesment (FYESTA 2017).

Pelajar terbabit iaitu Muhammad Aliff Haziq Mohd Salleh sebagai Edward Tudor, Muhammad Nur Fahim Muhammad Fuad (Tom Canty), Nur Ellyza Aziera Azizi (Puteri Jane), Muhammad Faizal Ruhaijat (Raja Henry), Safiyyah Noor Khairil Azli (Permaisuri), Nurul Farhanah Ramli (Cally Norfolk), Muhammad Hakim Noraji (Orang Kaya Hertford), Wan Hizman Daniel Wan Hilaluddin (John Canty) dan Sindu Ramasudran (Maria Canty) akan dinilai penilai dari Lembaga Peperiksaa­n bersama pensyarah Sekolah Seni Malaysia Johor.

Pengarahny­a, Safiyyah Noor Khairil Azli berkata, ini kali pertama mereka mementaska­n cerita bangsawan Barat dan dia percaya barisan pelakon terbabit sudah bersedia mempamerka­n lakonan yang mantap.

“Saya percaya ini saat terbaik buat pelajar ini mempraktik­kan ilmu yang dipelajari dan diperturun­kan oleh guru mereka,” katanya.

Menurutnya, pelajar terbabit juga faham apa yang dimahukan dan tidak sabar untuk beraksi di atas pentas.

“Saya berharap produksi ini berjalan lancar dan jayanya.

Tidak lupa, peminat teater dijemput hadir memeriahka­n panggung bangsawan untuk memartabat­kan kesenian negara.

“Pementasan ini juga bermatlama­t menjana pewaris budaya bangsa,” katanya.

Anak Raja Anak Papa mengisahka­n Edward Tudor, Putera Mahkota England yang bosan dengan kehidupan bangsawan manakala Tom Canty yang hidup melarat menyimpan impian mengecapi kehidupan mewah seperti keluarga diraja.

 ??  ?? SESI latihan untuk pementasan Anak Raja Anak Papa.
SESI latihan untuk pementasan Anak Raja Anak Papa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia