Harian Metro

Nostalgia penggunaan sampul surat

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Lukisan adalah reaksi pelukis terhadap keadaan sekeliling dan kehidupan, sebab itu terdapat banyak karya seni berbeza mengikut idea masing-masing.

Bagaimanap­un, keunikan hasil seni 30 pelukis boleh dihayati di Pameran Platform 3 Thrownness (Geworfenhe­it) di Galeri Chandan yang berlangsun­g sehingga esok.

Pameran berkenaan mempamerka­n 30 karya artis muda yang terdiri daripada pelbagai genre seperti realisme, abstrak, semi abstrak dan moden.

Bagi pelukis Megat

Zaim Zhafir Megat Nawawi, dia menggunaka­n anak buahnya yang berusia dua tahun sebagai subjek terhadap visual lukisan ilustrasi sampul surat dihasilkan­nya pada Mei lalu.

Katanya, dia memilih visual itu untuk mengembali­kan nostalgia zaman kegemilang­an peranan dan penggunaan sampul surat satu masa dahulu sebelum teknologi berkembang.

“Dahulu saya suka menulis surat dan menghantar­nya kepada rakan bukan sekadar untuk bertanya khabar, tetapi juga berkongsi masalah dengan mereka.

“Dalam surat ini juga, pembaca boleh mengesan emosi penulis berdasarka­n bentuk tulisan tangannya,” katanya kepada Nuansa.

Megat Zaim Zhafir berkata, mesej tersirat karya berkenaan adalah berdasarka­n visualnya apabila pelukis perlu mempunyai ciri-ciri seperti kanak-kanak itu.

“Kanak-kanak walaupun dihalang tetap dengan keinginan mereka untuk

Megat Zaim Zhafir guna anak buah berusia 2 tahun sebagai

subjek

menconteng terutama pada dinding rumah.

“Di situ kita lihat sikap berani dan tidak berputus asa kanak-kanak yang perlu dimiliki pelukis muda jika ingin berjaya,” katanya yang menghasilk­an lukisan menggunaka­n medium campuran media seperti akrilik, pensil, kayu dan pen.

Sementara itu kurator pameran berkenaan

Nazrul Hamzah Md Azman berkata, pameran terbabit diadakan sebagai landasan untuk ketengah bakat artis muda terutama yang baru menamatkan pengajian supaya dikenali.

“Pameran Platform 3 ini adalah kesinambun­gan Pameran Platform 2 dan pertama yang lalu,”katanya.

Penonton boleh mengunjung­i Galeri Chandan di Publika Shopping Gallery untuk melihat himpunan karya mengagumka­n serta memukau pandangan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN lukisan dalam Pameran Platform 3 Thrownness (Geworfenhe­it).
SEBAHAGIAN lukisan dalam Pameran Platform 3 Thrownness (Geworfenhe­it).
 ?? FOTO ?? MEGAT Zaim Zhafir bersama karya dihasilkan­nya.
FOTO MEGAT Zaim Zhafir bersama karya dihasilkan­nya.
 ??  ?? NAZRUL bersama salah satu karya dalam Pameran Platform 3 Thrownness (Geworfenhe­it).
NAZRUL bersama salah satu karya dalam Pameran Platform 3 Thrownness (Geworfenhe­it).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia