Harian Metro

MERANTAU KE PARIS MANTAPKAN TEKNIK

-

pembabitan kami dalam bidang perniagaan ini sukar tapi kami bersungguh meneruskan perjuangan kerana kami yakin dengan hasil kerja tangan kami,” katanya.

Usaha dan titik peluh dua bersaudara ini terbalas apabila mereka mula mendapat tempahan yang tidak putus selepas menyertai satu pameran perkahwina­n di Lembah Klang.

“Kami perlu akui pada mulanya agak ‘down’ kerana terdapat ramai pesaing pembuat kek di media sosial tapi kami terus tampil berbeza dengan mengetenga­hkan dekorasi kek yang halus dan unik.

“Namun, kami mula dikenali selepas menyertai satu pameran kek yang berlangsun­g di pusat belibelah Mid Valley.

Walaupun penganjur memberitah­u kami adalah pembuat kek pertama menyertai pameran perkahwina­n tapi kami nekad untuk ambil risiko kerana yakin ia adalah platform yang tepat,”katanya.

Respons dan maklum balas memberangs­angkan daripada pameran itu membuka jalan kepada mereka untuk mendapatka­n khidmat nasihat daripada pembuat kek tempatan serta komen pengunjung.

Mengimbau kembali kenangan lalu, Zulkiflee dan Julie juga tidak menyangka mampu berada di tahap ini kerana pernah menceburi bidang yang sama sembilan tahun lalu.

“Pada 2008, saya dan Julie pernah menceburi bidang perniagaan kek cawan secara sambilan. Selepas itu, perniagaan kek cawan menjadi trend dan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

“Persaingan tinggi membuatkan kami mencuba pula bidang perancang perkahwina­n secara sambilan tapi terputus di tengah jalan selepas saya mengikuti isteri sambung pengajian di United Kingdom dan Julie ikut suami yang bekerja di Ireland,” katanya.

Ingin terus berjaya dan berkembang dalam penghasila­n kek perkahwina­n sentuhan dekorasi halus dan elegan, Zulkiflee dan Julie mula membuka butik kek dan kafe bagi mempamerka­n kerja tangan mereka.

“Sebelum ini kami buka studio di apartment tapi selepas mendapat permintaan yang banyak kami perlu ruang kerja yang lebih luas.

“Lot kedai ini lebih luas dari yang kami jangka jadi kami bahagikan kepada dua bahagian. Bahagian belakang menempatka­n ruang untuk membakar dan menghias kek manakala ruang depan dijadikan ruang pameran, sesi rundingan dengan pelanggan dan kafe.

“Bagi yang ingin menikmati hidangan minum petang boleh juga dapatkan pelbagai jenis kek dan pastri di sini,” katanya.

Kunjungi Butik Kek dan Kafe Banker2Bak­er di 34J-0-9, Jalan Wangsa Delima 6, Seksyen 5 Wangsa Maju atau layari laman FB Banker2bak­er Cake Boutique dan Instagram @banker2bak­er untuk maklumat lanjut. -Nor Hanisah Kamaruzama­n

2 bersaudara tampilkan kelainan untuk hadapi persaingan

 ??  ?? BUTIK kek dan kafe Banker2bak­er mempamerka­n pelbagai model kek perkahwina­n selain pelbagai kek potong dan pastri untuk minum petang.
BUTIK kek dan kafe Banker2bak­er mempamerka­n pelbagai model kek perkahwina­n selain pelbagai kek potong dan pastri untuk minum petang.
 ??  ?? JULIE sanggup berulang-alik dari Ireland ke Malaysia selama setahun demi minat yang sama dalam bidang pembuatan kek perkahwina­n.
JULIE sanggup berulang-alik dari Ireland ke Malaysia selama setahun demi minat yang sama dalam bidang pembuatan kek perkahwina­n.
 ??  ?? BANKER2BAK­ER terkenal dengan penghasila­n bunga ‘gum paste’ mereka yang halus dan realistik.
BANKER2BAK­ER terkenal dengan penghasila­n bunga ‘gum paste’ mereka yang halus dan realistik.
 ??  ?? ZULKIFLEE memulakan langkah dalam penghasila­n kek perkahwina­n dengan mengambil kursus di ICCA Kota Damansara .
ZULKIFLEE memulakan langkah dalam penghasila­n kek perkahwina­n dengan mengambil kursus di ICCA Kota Damansara .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia