Harian Metro

TIADA LAGI BAU HAPAK

6 tip cuci, hilangkan bau denim dengan mudah

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Seluar denim atau jean tidak dapat dipisahkan dengan penggemar pakaian kasual, malah ia bagaikan pilihan nombor satu untuk mereka yang selesa bergaya ringkas.

Namun, tidak ramai tahu cara penjagaann­ya dan beberapa perkara termasuk kesan denim jika dicuci dengan kerap.

Untuk itu, Gen Y kongsikan enam tip penjagaan denim tanpa perlu mencuci, sesuai untuk golongan bujang yang tiada

mesin basuh di rumah:

1. SIMPAN DALAM PETI AIS

Lipat seluar denim dengan rapi, masukkan ke dalam plastik lut sinar kemudian simpan untuk beberapa ketika dalam peti ais.

Proses ini tidak akan menghilang­kan kekotoran, tetapi mampu membunuh organisme hidup di dalamnya dan menjadikan seluar denim anda berbau segar.

Sebaik-baiknya, asingkan bungkusan plastik berisi denim itu dengan makanan jika ada lebihan ruang di dalam peti ais.

2. RENDAM BERSAMA CUKA

Bagi mengelak warna seluar denim anda pudar, rendam di dalam besen berisi air sejuk bercampur satu sudu cuka.

Biarkan selama sejam kemudian sidai sehingga kering. Jangan bimbang kerana bau cuka itu akan hilang sebaik seluar denim anda kering.

3. JEMUR DI KAWASAN TERTUTUP

Sinaran matahari boleh menghilang­kan bau pada denim anda, tetapi tanpa disedari, ia juga mengakibat­kan warna denim anda cepat pudar.

Jadi, elakkan jemur seluar denim anda terlalu lama di bawah cahaya matahari atau keringkan saja pada ampaian di bahagian balkoni rumah.

4. BERUS GIGI DAN SERBUK PENAIK

Ini satu lagi cara yang mudah untuk mencuci seluar denim anda tanpa air, cuma perlu campurkan serbuk penaik dengan air kemudian sapukan pada bahagian yang kotor.

Biarkan hingga kering sebelum menggosokn­ya dengan berus gigi.

Alternatif lain pula adalah menyimpan denim di dalam plastik lut sinar berisi serbuk penaik , goncangkan dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Selamat mencuba!

5. JUS LEMON

Untuk mendapatka­n seluar denim yang berbau segar, campurkan jus lemon dan air kemudian sapukan pada bahagian kotor.

Selepas itu, keringkan seluar denim berkenaan untuk beberapa ketika dan lihat hasilnya!

6. AROMA KOPI

Percaya atau tidak kopi boleh menyerap bau busuk termasuk pada denim kepunyaan anda.

Caranya dengan meletakkan semangkuk kopi di dalam tempat simpanan denim kemudian biarkan semalaman.

Lihat hasilnya keesokan hari dan anda pasti teruja kerana tiada lagu bau hapak!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia