Harian Metro

Belajar khat sejak usia 10 tahun

-

DARI MUKA 9

Menariknya, melalui hobi menulis khat itu, anak ketiga daripada lima beradik yang baru berusia 22 tahun ini mampu menjana pendapatan sampingan biarpun masih bergelar siswa.

Malah dia juga diberi peluang oleh Pengajar

Tulisan Jawi dan Khat di Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulu­m (PPUK) UTHM Nurulisyaz­ila Othaman bagi mengembang­kan bakat serta ilmu khat kepada masyarakat di Jepun dengan menyertai program mobiliti ‘Jerayawara Melayu UTHMTUFS-CHOFU’.

Program berkenaan dianjurkan oleh PPUK yang diketuai Dr Khairunesa Isa dan dibantu dua pengiring dan salah seorangnya bertindak sebagai jurubahasa Jepun iaitu Ketua Jabatan Pusat Pengajian Bahasa Rosmahalil Azrol Abdullah.

Ikuti temu bual antara penulis dan Akmal Hafiz yang sudi berkongsi pengalaman­nya mengikuti program berkenaan dan usahanya dalam menaikkan martabat seni khat.

S: Sejak bila mempelajar­i mengenai khat?

J: Saya mula menulis khat pada usia 10 tahun dan sejak itu banyak berlatih. Hingga ke hari ini, saya tidak jemu belajar menulis khat.

Namun, saya tidak pernah menyertai mana-mana kelas khat secara formal dan lebih banyak belajar sendiri melalui tutorial di Internet. Saya mula serius menulis khat sejak tingkatan satu. Ia bermula apabila saya diupah untuk membuat tulisan khat di kain rentang terutama pada majlis sambutan Maulidur Rasul.

Alhamdulil­lah, saya dikurniaka­n bakat menulis tulisan khat dan mahir menghasilk­an beberapa jenis khat seperti Thuluth, Nasakh, Riq’ah serta Kufi.

S: Pendapat anda mengenai penulisan khat dalam kalangan generasi muda?

J: Pada pendapat saya, sekarang ini tidak ramai yang mahir menulis khat terutama dalam kalangan belia. Bakat ini bukan mudah untuk dipelajari. Hanya individu yang benar-benar mahir saja yang dapat menulisnya dengan baik dan kemas. Jika minat, mahirkan diri dengan kerap melakukan latihan agar hasilnya berubah lebih baik dari semasa ke semasa.

Bakat yang ada itu juga perlu digunakan sebaik-baiknya. Bagi saya kemahiran menulis khat boleh membantu menjana pendapatan

 ??  ?? AKMAL Hafiz ketika mengajar cara menulis khat kepada pelajar TUFS.
AKMAL Hafiz ketika mengajar cara menulis khat kepada pelajar TUFS.
 ??  ?? AKMAL Hafiz turut menjadikan kemahirann­ya untuk menjana pendapatan sampingan.
AKMAL Hafiz turut menjadikan kemahirann­ya untuk menjana pendapatan sampingan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia