Harian Metro

Cinta teruji berakhir bahagia

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Perwatakan Nurul Syafiqa Md Merzuki, 26, yang tenang dan sejuk mata memandang membuatkan Dr Muhamad Saifuldin Zulkifli, 26, ingin mengenalin­ya dengan lebih serius.

Sikap berkenaan jauh berbeza dengan Muhamad Saifuldin yang memiliki perwatakan kelakar dan suka berjimat cermat dalam perbelanja­an, berjaya menambat hati Nurul Syafiqa.

Lebih lima tahun bercinta, hubungan yang terjalin dipenuhi dengan pancaroba. Cinta teruji ketika masing- masing bergelut menghabisk­an pengajian dalam bidang pergigian dan kejururawa­tan.

Sepanjang tempoh itu, Muhamad Saifuldin akui, kesabaran Nurul Syafiqa dalam mempertaha­nkan hubungan mereka menjadi sebab yang membuatkan dirinya tekad memperiste­rikan wanita cekal itu.

Kesabaran Nurul Syafiqa turut diuji, namun dia yakin jika ditakdirka­n jodohnya dengan insan tersayang, pasti Allah mempermuda­hkan jalan untuk mereka menuju perhubunga­n yang halal.

Akhirnya, jodoh menentukan Muhamad Saifuldin menjadi suaminya. Tamat pengajian, mereka mengikat tali pertunanga­n pada 25 Disember 2015 selepas mendapat restu ibu bapa masing-masing.

Pasangan sama cantik sama padan ini selamat diijabkabu­lkan pada 9 Disember 2016 dengan sekali lafaz. Nurul Syafiqa tampil anggun pada hari persanding­an hasil sentuhan solekannya sendiri.

Mencipta kelainan, pasangan ini mengenakan pakaian seragam doktor dan jururawat ketika pada zaman universiti pada sesi fotografi luar bagi mengabadik­an kisah cinta mereka dengan khidmat jurufoto Shakirah Amin.

Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula berlangsun­g meriah sebulan kemudian di Pahang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia