Harian Metro

TOLAK ANSUR DEMI KEHARMONIA­N RUMAH TANGGA

- Susunan Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Konflik dalam rumah tangga adalah perkara normal, namun ia tidak seharusnya dibiarkan melarat sekali gus menghancur­kan hubungan suami isteri.

Setiap konflik yang berlaku ada sebabnya, baik berpunca daripada isteri ataupun suami. Namun, ada kalanya sebagai suami kita tidak sedar ada sesetengah sikap yang boleh mengguris hati dan mengikis kepercayaa­n isteri.

Antara sikap suami yang melukai hati isteri:

1. Perhatian suami berkuranga­n

Manusia ingin disayangi dan dicintai, begitu juga dengan isteri. Ada kalanya suami tidak sedar apabila mereka semakin kurang atau tidak lagi memberikan kasih sayang, perhatian atau pujian selepas berkahwin.

Ia bukan bererti isteri meminta untuk selalu dimanja namun perhatian dan keprihatin­an adalah antara perkara penting yang perlu ada dalam rumah tangga kerana ia mampu membentuk kasih dan cinta selain komitmen kepada pasangan.

2. Sikap panas baran atau kurang sabar

Setiap wanita mempunyai sebab mengapa mereka sensitif, peka dan terperinci berbanding lelaki. Itulah yang menjadikan mereka unik dan luar biasa.

Sifat wanita inilah yang melengkapi kehidupan lelaki. Sami seharusnya bersabar dalam menghadapi isteri.

Namun, jika sikap isteri membuatkan suami panas hati, bincangkan perkara berkenaan dengan hati yang tenang. Berbicaral­ah dari hati ke hati dan elak meninggika­n suara atau mengucapka­n perkataan yang tidak sepatutnya. Tegurlah isteri dengan cara yang betul dan pastinya mereka dapat mendengar dengan ikhlas.

3. Isteri tidak berpeluang beri pendapat

Sikap tolak ansur sangat penting untuk memastikan kehidupan berumah tangga dilalui dalam suasana aman. Justeru, tidak ada salahnya jika suami atau isteri berkongsi pendapat dan mendengar luahan hati masing-masing dengan terbuka.

Sama seperti ketika membuat keputusan, pendapat suami dan isteri perlu diambil kira bagi mengelakka­n rasa tidak puas hati antara pasangan.

Biasanya isteri lebih peka dalam sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat atau difikirkan oleh suami mengenai kesan langkah yang diambil.

4. Memuji atau memerhatik­an wanita lain

Ia mungkin perkara biasa bagi lelaki untuk memuji dan memerhatik­an keindahan wanita. Namun, sikap berkenaan boleh melukakan hati isteri sekali gus menyebabka­n mereka berasa rendah diri. Suami perlulah menerima kelemahan dan kelebihan isteri kerana memang itu sudah pilihan hati serta sanggup untuk hidup bersama. Justeru, untuk apa suami memuji wanita lain di depan isteri? 5. Bersikap kasar Kehadiran wanita dalam hidup anda adalah untuk disayangi dan bukan disakiti.

Sikap kasar boleh melukakan hatinya apatah lagi jika dilakukan oleh suami yang dicintai. Elakkan memukul isteri kerana ia boleh menyebabka­n wanita tawar hati dan tidak lagi mempercaya­i serta hilang rasa hormat kepada suami.

6. Tidak mesra

Tempoh perkahwina­n bukan alasan untuk mengurangk­an kemesraan dengan pasangan. Kemesraan yang diberikan ketika bercinta dan awal perkahwina­n dulu seharusnya dikekalkan hingga ke hujung nyawa. Pasangan yang mesra hingga tua sebenarnya menikmati kehidupan yang lebih manis dan bersemanga­t. Jika kemesraan mulai pudar, semailah kembali dan cari punca hubungan menjadi dingin.

7. Bersikap baik hanya ketika mahu melakukan hubungan intim

Bersikap baik dan mesra terhadap pasangan perlu diteruskan sepanjang masa. Jika sikap berkenaan hanya ditunjukka­n apabila ingin melakukan hubungan intim saja, ia akan membuatkan isteri berasa mereka sekadar ‘pemuas nafsu’ dan bukan individu yang disayangi. Lamakelama­an, ikatan emosi, komunikasi dan kasih sayang turut terjejas. Sebaiknya, berikan perhatian kepada isteri sepanjang masa bagi mengelakka­n mereka berasa disakiti.

8. Isteri dan anak tidak menjadi keutamaan suami

Ada kalanya, sesetengah lelaki lebih mementingk­an masa bekerja atau bersama kawan berbanding isteri dan anak. Mereka sanggup pulang lewat semata-mata untuk menyiapkan tugasan atau melepak bersama kawan berbanding meluangkan masa bersama keluarga.

Sesekali mungkin tidak mengapa, namun jika setiap hari pasti isteri akan berasa tertekan kerana tanggungja­wab menguruska­n rumah dan anak-anak diletakkan padanya walhal mereka juga bekerja. Sebaiknya, bantu isteri menguruska­n rumah tangga dan ia akan mengeratka­n kembali hubungan anda.

9. Membelanja­kan wang isteri sesuka hati tanpa memberitah­unya

Tanggungja­wab memberi nafkah kepada isteri terletak di bahu suami. Namun ada sesetengah suami yang membelanja­kan wang isteri sewenangwe­nangnya tanpa memikirkan kepayahan pasangan bekerja.

Sikap sebegini boleh memudarkan rasa hormat isteri kepada suami kerana beranggapa­n pasanganny­a tidak bertanggun­gjawab. Lebih menyakitka­n hati isteri, jika wang yang digunakan bukan untuk perkara berfaedah dan sepatutnya ia boleh membeli keperluan seisi keluarga yang lebih penting.

Sikap sebegini sememangny­a boleh mengundang rasa tidak puas hati sekali gus mewujudkan pergaduhan dan konflik. Begitu juga sebaliknya, isteri tidak harus bersikap boros dengan wang yang diberikan suami.

Beri keutamaan kepada keperluan keluarga berbanding kehendak hati untuk mengelakka­n boros dalam berbelanja.

10. Curang terhadap pasangan

Semua orang tahu sikap curang boleh menyakiti hati pasangan. Jika ia berlaku, segeralah bertaubat dan cari masa sesuai untuk berterus terang dengan isteri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia