Harian Metro

LELAKI PUN TAU JAGA WAJAH

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Bukan semua lelaki mengambil berat mengenai kesihatan kulit wajah dan badan mereka. Malah, ada kalanya mencuci wajah menggunaka­n pembersih sesuai juga tidak tersenarai dalam perkara penting dalam kamus hidup mereka apatah lagi untuk memanjakan diri di spa kecantikan.

Kini, semua itu sudah berubah dan sesetengah generasi muda masa kini yang tinggal di bandar serta mementingk­an penampilan sangat menitikber­atkan aspek kecantikan kulit.

Memahami kehendak jejaka yang semakin sedar mengenai kecantikan kulit mereka, spa kecantikan Menschen di Seksyen 9, Shah Alam dibuka pada April lalu.

Pengurus Menschen Skincare, Ahmad Adli Mohammad berkata, selepas setahun beroperasi di kediamanny­a, dia mengambil keputusan membuka spa berkenaan kepada lelaki yang mahu mendapatka­n rawatan wajah.

“Bagi rawatan wajah, kami menggunaka­n rangkaian produk sendiri, Glo Up berdasarka­n masalah kulit yang dihadapi pelanggan.

Kami mencuci wajah menggunaka­n sabun arang dan kolagen bagi membantu merawat masalah jerawat, jeragat, kegatalan serta mencerahka­n pigmentasi kulit.

“Kemudian, krim siang atau krim malam akan disapu pada wajah bergantung kepada waktu pelanggan berkunjung ke spa kami bagi membantu memberi kesan pencerahan dan memperbaik­i tekstur kulit.

“Serum yang mengandung­i esktrak biji anggur dan vitamin C, E dan F pula disapu pada wajah bagi membantu melindungi, mengurangk­an kedutan serta meratakan ton kulit,” katanya.

Pada masa sama, bergantung kepada masalah kulit dihadapi rawatan berkenaan turut menggunaka­n mesin ultra bunyi khas yang membantu menegangka­n, mengurangk­an kedutan dan menanggalk­an sel kulit mati pada wajah.

Spa yang dibuka khas untuk lelaki saja itu beroperasi setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 8.30 malam, turut menyediaka­n rawatan skrub badan, mandi wap atau bekam.

Selain spa, jenama berkenaan turut memiliki produk set penjagaan wajah yang sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita yang boleh didapati di kedai jamu, stokis atau melalui pengedar jenamanya secara dalam talian.

“Bukan saja perempuan, lelaki juga perlu menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah kerana ia mampu mempengaru­hi tahap keyakinan diri seseorang di samping melengkapk­an penampilan.

“Selain itu, bagi mendapatka­n wajah yang segar dan kulit yang sihat, pastikan tidur mencukupi serta elakkan stres. Saya sendiri turut mengamalka­n petua untuk memberi perlindung­an berganda kepada kulit.

“Biasanya, saya akan mencuci muka menggunaka­n campuran air sejuk pada waktu pagi dan rajin menyapu madu pada wajah setiap malam untuk membantu memudarkan parut, mengecilka­n jerawat dan melembapka­n kulit,” katanya.

Spa yang dihias dengan dekorasi moden itu banyak menonjolka­n rona kuning bagi memberi kesegaran kepada pengunjung di samping ruang yang luas untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

 ??  ?? RAWATAN wajah sering menjadi pilihan pengunjung.
RAWATAN wajah sering menjadi pilihan pengunjung.
 ??  ?? AHMAD Adli bersama produk penjagaan wajah jenama sendiri.
AHMAD Adli bersama produk penjagaan wajah jenama sendiri.
 ??  ?? RUANG selesa dan privasi kepada pengunjung.
RUANG selesa dan privasi kepada pengunjung.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia