Harian Metro

PLATFORM PENCINTA VINTAJ

-

School of Collector satukan pengumpul muda, otai di bawah satu bumbung

di ruang elit seperti dalam pusat beli-belah.

“Dengan cara ini, mereka dapat menjual barangan dengan harga munasabah sesuai kualiti barangan, sekali gus berkenalan dengan pengumpul lain.

“Bagi pihak penganjur, saya cukup berpuas hati dengan komitmen pengumpul terbabit dan program ini boleh dianggap berjaya berdasarka­n sambutan menggalakk­an daripada pengunjung,” katanya.

Pengumpul, Zairul Ermady berkata, dia gembira dapat turut serta dalam program berkenaan kerana dapat bertemu dan berkenalan dengan komuniti pengumpul dari tempat lain di seluruh negara.

“Penyertaan pengumpul dalam program ini secara tidak langsung mengembali­kan nostalgia ketika waktu kecil kerana kebanyakan barangan pameran dan jualan boleh dikategori­kan vintaj iaitu yang jarang ditemui di pasaran.

“Selain itu, program sebegini juga memberi peluang kepada pengumpul untuk mempamerka­n koleksi peribadi kepada pengunjung selain membantu memelihara barangan warisan bagi tatapan generasi akan datang,” katanya yang cenderung mengumpul barangan vintaj permainan lama dan item berkaitan syarikat penerbanga­n sejak 10 tahun lalu.

Pengumpul kasut jenama Adidas, Mohd Zaidi Mardzuki, berkata School of Collector bukanlah acara pertama yang disertainy­a kerana pernah turut serta dalam program serupa sebelum ini.

“Berdasarka­n pengalaman, sambutan pengunjung terhadap acara sebegini amat menggalakk­an dan kerana semakin ramai yang mula cenderung mengumpul barangan lama.

“Itu sebabnya saya turut serta lagipun inilah masa untuk bertemu dengan pelanggan selain menimba ilmu daripada pengumpul lebih berpengala­man,” katanya.

 ??  ?? GERAI pengumpul meriah dengan kunjungan peminat barangan lama.
GERAI pengumpul meriah dengan kunjungan peminat barangan lama.
 ??  ?? MOHD Zaidi menjual kasut Adidas.
MOHD Zaidi menjual kasut Adidas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia