Harian Metro

Langkawi ke taraf dunia

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Langkawi bukanlah nama asing dalam industri pelanconga­n di negara ini kerana ia satu gugusan pulau dengan Pulau Langkwai yang terbesar diikuti Pulau Banggi dan Pulau Pinang.

Oleh itu, tidak lengkap percutian ke utara tanah air jika tidak melancong ke Pulau Langkawi yang digelar bandar raya pelanconga­n kerana pastinya memberikan pengalaman manis kepada pelancong.

Bagi mereka yang menggemari dan terpikat dengan suasana pusat percutian itu sudah tentunya tidak teragak-agak untuk berkunjung semula ke Pulau Langkawi sebagai destinasi pelanconga­n wajib.

Ini kerana Pulau Langkawi memiliki banyak keistimewa­an bukan hanya daripada aspek keindahan semula jadi, tetapi juga

Pusat peranginan popular sinonim

mitos wanita berdarah putih

kepelbagai­an cerita legenda yang menarik.

Paling diingati kisah mitos Mahsuri yang digelar sebagai Puteri Mahsuri dan sinonim dengan gelaran Puteri Langkawi iaitu wanita berdarah putih.

Mengikut sejarah, Mahsuri dibunuh kerana fitnah daripada kakak iparnya, Wan Mahura yang mencemburu­i kecantikan dimilikiny­a.

Tubuh Mahsuri dikatakan mengeluark­an darah berwarna putih selepas dibunuh secara tikaman menggunaka­n tombak sakti.

Sebelum menghembus­kan nafas terakhir, Mahsuri sempat bersumpah Langkawi tidak akan tenteram dan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.

Sumpahan itu dikatakan tamat selepas kelahiran keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aishah Wan Nawawi yang menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia