Harian Metro

‘Kami lagi suka berdepan tohmahan begini’

-

terkandung dalam video dia bersama Saleem

‘menyerang’ pejabat syarikat rakaman itu yang tular sejak kelmarin.

“Kalau anda hayati video itu, kenyataan saya tak ditujukan kepada individu tertentu. Ia boleh terjadi kepada sesiapa saja. Kalau ada yang terasa, tak boleh buat apalah,” katanya.

Julia berkata, kejadian itu berlaku atas kapasitiny­a sebagai pengurus artis dan dia berhak berbuat demikian demi kepentinga­n Saleem.

“Saya percaya yang mengutuk dan mengecam kami hanya ‘keyboard warrior’ yang suka-suka meletakkan komen tanpa sebab,” katanya.

Menurut Julia, masalah itu berpunca daripada MVM yang membenarka­n Syafiq menyanyika­n lagu-lagu Saleem hingga menjejaska­n periuk nasi bekas penyanyi Iklim itu.

“Tapi kami pula yang disalahkan masyarakat. Memang sedih kenapa MVM sanggup buat begitu terhadap kami,” katanya.

Menurut Julia, tindakan pengurusan atasan MVM yang mungkir janji turut menjadi punca dia ‘mengamuk’.

“Mereka berjanji untuk berjumpa saya pada jam 3 petang dan seawal jam 2.30 petang saya sudah berada di bawah pejabat.

“Bagaimanap­un apabila tiba masanya, saya dimaklumka­n mereka sudah menghilang­kan diri kerana enggan berjumpa saya.

Inilah punca saya ‘mengamuk’,” katanya.

Menurut Julia, hubungan Saleem dengan MVM masih bermasalah sehingga memaksa promosi albumnya dihentikan buat sementara waktu.

Dalam pada itu, Saleem berkata, rezekinya tidak terganggu dengan masalah ini dan dia gembira kerana mendapat kata-kata semangat daripada peminat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia yang memberikan sokongan.

Sementara itu, Pengurus Besar MVM, Rumhadi Rumnan berkata, pihaknya sudah memohon maaf kepada Saleem berhubung perkara itu kelmarin.

“Pihak kami sudah berbincang dengan Saleem serta memohon maaf kerana menggunaka­n nama dan lagunya bagi mempromosi­kan Syafiq yang juga artis naungan kami,” katanya. Kuala Lumpur: “Saya berharap orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang dilaporkan di media sosial,” kata penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun, 33, mengenai dakwaan mengatakan perkahwina­nnya dengan usahawan kosmetik popular, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa bergolak.

Hafiz ketika dihubungi berkata, sebenarnya tiada sebarang isu yang didakwa membabitka­n rumah tangganya itu.

“Semuanya baik-baik saja. Saya hanya ingin berfikiran positif dan bertindak positif supaya tiada isu lain yang akan timbul.

“Saya dan Joy tidak pernah membuat sebarang kenyataan membabitka­n rumah tangga kami dan ia hanya andaian dan spekulasi orang luar,”katanya.

Media sebelum ini melaporkan perkahwina­n Hafiz kembali hangat diperkatak­an apabila dia dan Joy didakwa sudah tidak tinggal sebumbung.

Hafiz dan Joy yang sebelum ini dilihat ‘bergaduh’ dengan saling berbalas komen di Instagram turut menguatkan lagi dakwaan itu.

Menguatkan desas-desus

 ??  ?? SALEEM bersama Juriah dan anak mereka, Muhammad Amirul Mukinin A M Salim.
SALEEM bersama Juriah dan anak mereka, Muhammad Amirul Mukinin A M Salim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia