Harian Metro

‘Bukan lagi kes aneh’

-

Kuala Lumpur: Perpisahan sementara adalah jalan terbaik bagi pasangan suami isteri yang mempunyai masalah kecelaruan kemahuan seksual atau hiperseksu­al bagi mengelak kesan lebih buruk.

Pakar Kaunseling Keluarga dan Perkahwina­n Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Siti Aishah Hassan berkata, individu yang mempunyai tabiat seks luar biasa ini tidak dapat dikesan secara luaran kerana tiada ciri-ciri khas pada mereka.

“Kes wanita hiperseksu­al bukan lagi perkara baru malah wajar diberi perhatian oleh pihak berkenaan supaya dapat menyelamat­kan rumah tangga yang mempunyai masalah ini.

“Kes isteri mendera suami gara-gara gagal memuaskan kehendak seksual bukan lagi aneh namun kesedaran terhadap perkara ini masih di tahap rendah,” katanya.

Katanya, suami yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga lebih cenderung mendiamkan diri berbanding menjalanka­n peranan sebagai lelaki sejati disebabkan kesan trauma akibat didera secara fizikal dan mental.

“Ada segelintir masyarakat yang menyalahka­n suami kerana gagal bertindak tegas terhadap isteri yang mendera, namun perlu diingatkan mereka yang trauma gagal berfikir secara waras,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia