Harian Metro

Ibadah korban di 4 kampung

-

Ipoh: Empat kampung membabitka­n 8,000 penduduk di Khartoum, Sudan termasuk dua daripadany­a di kawasan gurun dikenalpas­ti

untuk pelaksanaa­n ibadah korban tahun ini.

Kampung itu adalah Kampung Waddul Jahiz dan Kampung Siklah yang terletak di Khartoum manakala dua lagi iaitu Kampung AlFatha dan Kampung Mahala terletak di kawasan Gurun dengan jarak masa perjalanan tiga jam.

Presidenny­a, Zulkifli Wahijan berkata, Kampung AlFatha dan Kampung Mahala memerlukan permit kebenaran dari pihak berkuasa negara berkenaan dan terpaksa menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda untuk ke kawasan itu.

Katanya, pihaknya menyasarka­n 10 lembu akan disumbangk­an untuk ibadah korban untuk tahun ini di negara berkenaan dan setakat ini sudah mendapat enam melalui hasil sumbangan rakyat negara ini.

“Seramai empat orang iaitu saya Pengarah Komunikasi Strategik dan Pemasaran, Sham Samad serta dua wakil media daripada Harian Metro akan menyertai misi ke Khartoum yang dijangka bertolak pada 31 Ogos ini.

“Selain di Khartoum, Sudan, Muslim Care turut menjalanka­n ibadah itu untuk tahun ini di beberapa negara lain iaitu Poland, Chad, Kemboja, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, masyarakat Rohingya di Myanmar dan di negara ini,” katanya.

Zulkifli berkata, Muslim Care menyasarka­n jumlah sumbangan RM400,000 membabitka­n 300 kambing serta 150 lembu untuk keseluruha­n ibadah Korban tahun ini dan sumbangan masih dibuka sehingga 30 Ogos ini.

Katanya, orang ramai yang mahu memberi sumbangan boleh menyalurka­nnya ke akaun Maybank melalui nombor akaun 5644904138­82, Bank Islam 1401401014­7470 atau Bank Muamalat 1401000765­471.

Orang ramai juga boleh menghubung­i Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Johari Ismail di talian 016-9978323 bagi mendapatka­n maklumat misi itu, selain melayari laman Facebook Muslim Care Malaysia Society.

 ??  ?? EXCO Muslim Care di sebuah kampung di Khartoum ketika
pelaksanaa­n ibadah korban.
EXCO Muslim Care di sebuah kampung di Khartoum ketika pelaksanaa­n ibadah korban.
 ?? Zulkifli Wahijan ?? Selain di Khartoum, Sudan, Muslim Care turut menjalanka­n ibadah itu di beberapa negara lain iaitu Poland, Chad, Kemboja, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, masyarakat Rohingya di Myanmar dan di negara ini”
Zulkifli Wahijan Selain di Khartoum, Sudan, Muslim Care turut menjalanka­n ibadah itu di beberapa negara lain iaitu Poland, Chad, Kemboja, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, masyarakat Rohingya di Myanmar dan di negara ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia