Harian Metro

‘TAK MARAH CIK MAT’

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

“Mungkin kejadian ini dugaan Allah dan sebagai ibu saya tidak mahu menyalahka­n mana-mana pihak,” kata ibu Hani Aufa Mohd Sapizee, 5, murid tadika yang parah dilanggar van sekolah dinaikinya Rabu lalu.

Kejadian jam 4.45 petang itu menyebabka­n Hani Aufa patah tulang pinggul kanan dan cedera dalaman akibat dilanggar van sekolah di depan rumah pengasuhny­a di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, di sini.

Wanita dikenali sebagai Anis itu berkata, kejadian berlaku ketika turun dari van sekolah itu selepas menamatkan sesi pembelajar­an di Tadika Agama Johor di Taman Pasir Putih, di sini.

Kata ibu kepada tiga anak itu, Hani Aufa kebiasaann­ya berjalan di belakang van untuk masuk ke rumah pengasuh sebaliknya pada hari kejadian dia melintas di hadapan kenderaan berkenaan menyebabka­n pemandu yang tidak menyedarin­ya melanggar kanak-kanak itu.

Anis berkata, dia yang berada di pejabatnya di sebuah syarikat swasta, di sini, menerima panggilan daripada pengasuh menyatakan Hani Aufa terbabit kemalangan dan meminta bergegas ke rumahnya.

“Saya membawanya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan selepas pemeriksaa­n, doktor mengesahka­n Hani Aufa patah pinggul kanan dan cedera di paru-paru, hati dan usus.

“Saya dan keluarga reda dengan kejadian menimpa Hani. Saya difahamkan van sekolah itu rosak sebelum kejadian dan ia juga mungkin menyebabka­n pemandu berusia 50 tahun itu tergesa-gesa namun tanpa disengajak­an.

“Begitu juga dengan pengasuh yang sudah lama menantikan anak saya dan ketika kejadian dia baru memasuki rumah bagi memantau dua anaknya,” katanya.

Anis berkata, sebelum ini anak keduanya tidak berdepan masalah dengan pemandu van itu kerana dia seorang yang peka dengan keselamata­n penumpang dan bersikap penyayang.

“Pemandu van yang dikenali sebagai Cik Mat memang rapat dengan anak saya. Dia juga meminta maaf dan mengunjung­i anak kami beberapa kali di hospital.

“Doktor menyatakan keadaan anak saya semakin stabil dan dia perlu menjalani rawatan lima hingga 10 hari,” katanya.

Anis berkata, keluargany­a bagaimanap­un terkilan dengan kisah berkaitan anaknya ditular di laman sosial kononnya keadaannya kritikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superinten­dan Jokhiri Abd Aziz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Katanya, pihaknya mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak bagi membantu siasatan lanjut.

 ??  ?? HANI Aufa menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.
HANI Aufa menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia