Harian Metro

‘Zig zag’ enam bulan

-

“Saya minta maaf, saya tidak sedar apa yang saya buat ketika itu kerana menunggang dalam keadaan mabuk dan sebelum kejadian, saya ke kuil.

“Selepas itu rakan beri arak lalu saya minum hingga mabuk,” rayu A Linggeswar­an, 24, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan menunggang secara berbahaya ketika memotong konvoi mengiringi Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Selasa lalu.

Selain menunggang secara berbahaya tukang paip itu juga didakwa melakukan aksi formasi ‘zig-zag’ di depan konvoi mengiringi kenderaan dinaiki Tun Mohd Khalil.

Dia yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dan tidak dipenjara dengan alasan perlu menanggung isteri kini hamil anak pertama dengan kandungan berusia empat bulan.

Alasannya itu mendapat perhatian Majistret Analia Kamaruddin, kemudian menegur bahawa tertuduh baru sahaja melakukan kebaikan apabila ke kuil namun minum arak hingga mabuk lalu menyebabka­n dia menunggang dalam keadaan berbahaya.

Analia menjatuhka­n hukuman penjara enam bulan dan denda RM5,000 terhadap tertuduh selain hilang kelayakan mendapatka­n lesen memandu kelas B selama dua tahun.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman, semalam.
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia