Harian Metro

DIARI NODA ANAK KEKASIH

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Pengurus syarikat hidraulik tak mengaku

perkosa remaja 12 tahun

Kajang

Pengurus syarikat hidraulik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang, semalam atas tuduhan merogol anak teman wanitanya, apabila kejadian itu terbongkar selepas wanita berkenaan membaca diari milik anaknya.

Tertuduh, Teh Yu Chen, 40, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 12 tahun di sebuah apartmen di Kajang Perdana, antara April dan Julai 2017.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Dalam prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Majistret Nor Afidah Idris kemudian tidak membenarka­n jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 22 Ogos ini sebagai sebutan

semula kes di Mahkamah Sesyen.

Media sebelum ini melaporkan, diari milik seorang remaja perempuan membongkar rahsia dia menjadi mangsa perkosa teman lelaki ibunya sejak April lalu di rumah didiami di Kajang Perdana.

Rahsia itu terbongkar apabila ibu mangsa berusia 44 tahun masuk ke bilik anak perempuann­ya berusia 12 tahun kira-kira jam 1 pagi, 9 Ogos lalu dan terjumpa diari anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, ibu mangsa terkejut apabila membaca curahan isi hati anak bongsunya itu apabila dia menulis dicabul teman lelaki ibunya pada awal April lalu ketika wanita terbabit pergi ke China untuk urusan kerja.

Menurutnya, wanita itu kemudian bertanya kepada anaknya berhubung kejadian sebenar dan mangsa mengaku suspek menceroboh ke dalam bilik dan merogolnya beberapa kali.

 ??  ?? TEH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, semalam.
TEH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia