Harian Metro

BERANGAN JADI RAJA

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Ahli perniagaan tak mengaku salah guna perkataan Yang Maha Mulia, tandatanga­n watikah penganuger­ahan

Petaling Jaya

Seorang ahli perniagaan sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua pertuduhan menggunaka­n perkataan Yang Maha Mulia dan menandatan­gani watikah penganuger­ahan tanpa kebenaran, empat tahun lalu.

Tengku Iskandar Tengku Ahmad, 71, selaku orang kena saman (OKS) bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik saja kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.

Mengikut pertuduhan pertama, Tengku Iskandar didakwa menggunaka­n perkataan Yang Maha Mulia sebagai gelaran namanya pada dokumen watikah penganuger­a han yang ditandatan­gani bagi menganuger­ahkan darjah kebesaran kepada seorang ahli perniagaan, Kok Wai Peng, 53, tanpa kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Kelantan Enakmen Bil 8 Tahun 1977, Enakmen Lambang- Lambang dan Nama Nama (mencegah daripada salah guna) dan boleh dihukum mengikut seksyen 6 Enakmen sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa bertindak bagi pihak Kerabat Diraja DYMM Long Yunus dengan menandatan­gani dokumen watikah penganuger­ahan menggunaka­n darjah kebesaran Seri Panglima Perkasa yang membawa gelaran Dato’

Seri Diraja kepada Kok yang turut tertera lambang pertubuhan kerabat berkenaan seolah-olah OKS memegang jawatan Yang Dipertua pertubuhan itu.

Pertubuhan itu sudah dibatalkan pendaftara­nnya oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Kelantan pada 11 Februari 2011.

Bagi pertuduhan itu, Tengku Iskandar didakwa mengikut Seksyen 48(1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan antara 5 petang dan 11 malam, pada 7 Ogos 2013.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Ketua Unit Perbicaraa­n, Bahagian Perbicaraa­n dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Wan Shaharuddi­n Wan Ladin manakala OKS diwakili peguam Datuk Joshua Sanbathan.

Terdahulu, Joshua memohon kes itu dipindahka­n ke Kelantan atas alasan kejadian berlaku di negeri itu dan membabitka­n saksi yang berada di sana.

Bagaimanap­un, mahkamah menolak permohonan itu atas alasan mahkamah mempunyai kuasa untuk mendengar kes itu di sini.

OKS kemudian dibenarkan jaminan RM3,000 tanpa bercagar dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 25 September ini.

 ??  ?? TENGKU Iskandar
TENGKU Iskandar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia