Harian Metro

Tiga individu dituduh hina PM

-

Tiga individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat pernyataan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Facebook.

Pegawai pengambila­n pekerja, Nor Sabariah Abdul Kadir, 29, penjaga stor, Ng Thai Quen, 19, dan penebar roti canai, Mazlan Yusoff, 48, mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zainal L Salleh.

Nor Sabariah dan Ng didakwa menggunaka­n nama profil yang masing-masing di Facebook secara sedar membuat serta memulakan penghantar­an komen jelik dengan niat menyakitka­n hati orang lain.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini, antara 15 Disember 2016 dan 1 Februari lalu.

Sementara itu, Mazlan didakwa menggunaka­n nama ‘Zain Al Aznam’ di Facebook yang secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komen jelik dengan niat menyakitka­n hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bandar 13, Taman Melawati, jam 2.53 pagi, 11 November tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia