Harian Metro

Tak mengaku perkosa anak tiri

-

Ampang: Seorang juruteknik penghawa dingin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 14 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Pandan Indah, Februari tahun lalu.

Tertuduh yang tidak mengaku bersalah mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan.

Lelaki berusia 28 tahun itu didakwa merogol anak tirinya di ruang tamu dan bilik tidur di rumah di Pandan Indah pada 11 malam, awal Februari tahun lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie manakala tertuduh diwakili peguam S Purnima.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali sebulan.

Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 18 September ini untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia