Harian Metro

Remaja cabul budak 6 tahun

-

Seorang pelajar madrasah tahfiz berusia 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan membuat perlakukan seksual fizikal terhadap seorang murid berusia enam tahun 10 bulan tanpa kerelaanny­a, pada hujung Julai lalu.

Remaja itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof.

Berdasarka­n pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyentuh kemaluan mangsa.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah madrasah di Kampung Pandan, di sini, pada jam 6.15 petang, 31 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia