Harian Metro

SATE 25 SEN

- Mohd Sharumnish­am Shahbudin am@hmetro.com.my

Sukar dipercayai masih ada peniaga sanggup menjual sate ayam semurah 25 sen secucuk pada masa kini sedangkan kebanyakan peniaga lain menjualnya dengan harga 50 sen hingga RM1.

Peniaga terbabit, Norliza Ali, 38, berkata, dia menjalanka­n perniagaan sambil menerapkan amalan bersedekah dan membantu pelanggan kerana masyarakat hari ini terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.

“Sebenarnya, pada harga 25 sen ini saya masih untung walaupun tidak besar. Ini kerana yang penting pelanggan tidak terbeban dan semestinya saya tidak berkomprom­i soal rasa dan kualiti sate.

“Sebelum ini, sate dijual dengan harga 50 sen secucuk dan pada Syawal lalu, saya mula memperkena­lkan sate mentah pada harga 25 sen untuk tempahan jamuan hari raya. Alhamdulil­lah, sambutan diterima begitu menggalakk­an,” katanya di gerainya, Sate Ali di Kampung Seberang, Jitra, semalam.

Menurut Norliza, dia mula menjual sate siap dibakar di gerainya pada harga 25 sen dan mampu menjualnya sehingga 2,000 cucuk sehari dan mencecah 3,000 cucuk pada hari minggu.

“Resipi sate saya pelajari daripada Allahyarha­m bapa, Mat Ali Itam yang mula berniaga sejak 1960 dan terkenal sekitar Jitra dulu.

“Saya mengambil alih perniagaan­nya seawal usia 17 tahun apabila ibu bapa meninggal dunia,” katanya.

Katanya, dia sering menerima jemputan untuk mengajar bakal peniaga daripada agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MUDA).

Sambil dibantu suami, Zahibul Asfar, 34, dan dua pekerja, gerai Norliza dibuka pada jam 5 petang hingga 10 malam setiap hari dan ditutup setiap Ahad.

Selain sate ayam, gerainya turut menyediaka­n sate daging pada harga 35 sen dan menu lain seperti mi hailam dan nasi goreng hailam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia