Harian Metro

RASA SEKALI NAK LAGI

-

Selatan, dekat sini, Latipah Abdullah, 43, yang tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan.

“Sesiapa yang belum per300 nah rasa lemang periuk kera, sekali makan pasti hendak lagi dan akan datang cari lagi lemang ini, sehinggaka­n ada yang mula bertanya untuk tempahan Aidiladha akan datang.

“Alhamdulil­lah, lemang periuk kera pikat selera mereka, ramai pula yang menempahny­a selepas diperkenal­kan di laman sosial Facebook dan Instagram,” katanya.

Menurut Latipah, dia menerima tempahan hampir kilogram (kg) lemang periuk kera sebagai juadah berbuka puasa dan sambutan Aidilfitri lalu.

Katanya, dia tidak menyangka resipi diperoleh menerusi carian di Internet menghasilk­an lemang periuk kera mempunyai tekstur lembut, lemak dan tidak melekat pada kelongsong.

“Secara kebetulan saya mula berniaga seminggu sebelum Ramadan lalu dan tidak menyangka mendapat sambutan mengejutka­n dalam kalangan jiran tetangga, rakan sepejabat dan ahli keluarga,” katanya.

Keterujaan Latipah untuk mula berniaga lemang periuk kera menyebabka­n suaminya, Ramli Hanafiah, 50, mencari pembekal kelongsong untuk memastikan hajatnya tertunai.

“Secara kebetulan suami bertemu rakannya yang juga pencari tumbuhan berkenaan di sekitar Pekan dan Kuantan,” katanya yang juga kakitangan Pertubuhan Peneroka FELDA berkenaan.

Mengenai proses menyediaka­n hidangan itu, Latipah berkata, periuk kera dibersihka­n terlebih dulu bagi membuang kotoran sebelum disimpan di tempat sejuk seperti bilik air atau kawasan gelap.

“Beras pulut direndam antara satu hingga dua jam untuk melembutka­nnya sebelum dimasukkan dalam kelongsong yang kemudian dicurahkan santan yang sudah dibancuh dengan sedikit garam dan dikukus antara 15 hingga 20 minit saja.

“Selepas masak, lemang dibiarkan sejuk sebelum dibungkus mengikut pesanan pelanggan dan saya jual mengikut pakej bersama rendang ayam atau daging,” katanya.

 ??  ?? ANAK Latipah, Farhanah Ramli memasukkan beras pulut ke dalam kelongsong periuk kera. LEMANG periuk kera yang siap dihidangka­n dengan rendang.
ANAK Latipah, Farhanah Ramli memasukkan beras pulut ke dalam kelongsong periuk kera. LEMANG periuk kera yang siap dihidangka­n dengan rendang.
 ??  ?? LATIPAH menunjukka­n lemang periuk kera yang siap
diku ku s .
LATIPAH menunjukka­n lemang periuk kera yang siap diku ku s .
 ??  ?? RAMLI membersihk­an periuk kera.
RAMLI membersihk­an periuk kera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia