Harian Metro

Kaedah kreatif nyalakan api

-

Pada masa kini, menyalakan api bukannya satu perkara yang sukar. Hanya dengan menggunaka­n mancis atau pemetik api, seseorang boleh menghasilk­an api dalam masa kurang sesaat.

Namun, generasi kini pasti tertanya-tanya kaedah masyarakat zaman dulu menyalakan api khususnya bagi tujuan memasak.

Bagi etnik Kadazan-Dusun di Sabah, terdapat beberapa kaedah menyalakan api bagi kegunaan harian sebelum era penggunaan mancis dan pemetik api.

Antara alat yang digunakan ialah bambu (buluh) kering, serpihan batu seramik serta ‘baduk’ iaitu sejenis bahan seperti kapas yang teksturnya lebih lembut dan diambil dari pokok polod.

Lazimnya, bahan yang dipotong kecil dan ringan ini dibawa ke mana-mana saja untuk menghasilk­an unggun api tidak kira sama ada di rumah atau di hutan.

Bagi pemandu pelancong dari The Adventure Centre (Riverbug), Rangalau, Kiulu, Edwardcliv­e Dullah,

33, kaedah itu masih diguna pakai untuk menyalakan api ketika melakukan aktiviti rekreasi di dalam hutan pada masa kini.

Dia juga sering berkongsi kaedah berkenaan kepada pengembara lain yang mengikuti pakej dengan syarikatny­a terutama pengembara yang bermalam di tapak perkhemaha­n di sepanjang perjalanan laluan denai hutan di Kiulu, di sini.

 ??  ?? EDWARDCLIV­E menyusun ranting dan kayu untuk menghasilk­an unggun api.
EDWARDCLIV­E menyusun ranting dan kayu untuk menghasilk­an unggun api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia