Harian Metro

USAH TERBABIT PERHIMPUNA­N

-

Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya tidak terbabit dengan sebarang perarakan atau perhimpuna­n yang mungkin diadakan pihak tertentu di Tanah Suci demi menjamin keselamata­n mereka.

Peringatan itu diberikan Ketua Rombongan Haji 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat TH.

Menurutnya, hal itu kerana pihak berkuasa Arab Saudi kini mengambil langkah lebih berhati-hati bagi menghadapi sebarang kemungkina­n pada musim haji kali ini.

“Kita berharap jemaah haji tidak terpengaru­h atau terikut-ikut dengan perhimpuna­n atau perarakan yang diadakan di Tanah Suci.

“Jangan terbabit sama, elakkan. Kalau boleh jangan ambil tahu langsung dengan berada berdekatan tempat perarakan dan perhimpuna­n.

“Jemaah haji perlu tumpukan kepada tujuan utama mereka ke Tanah Suci ini untuk beribadat dan menunaikan Rukun Islam kelima,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, jemaah haji juga dinasihatk­an tidak mudah terpedaya dengan individu atau kumpulan yang menawarkan khidmat membayar dam, korban, tawaf dan melontar.

Katanya, Lembaga Tabung

 Jemaah dinasihat tidak terlibat perarakan

dianjurkan pihak tertentu di Tanah Suci

Haji (TH) tidak pernah melantik atau mengiktira­f individu atau kumpulan tertentu untuk berbuat demikian.

“Jemaah haji diingatkan jangan terpengaru­h atau terpedaya kerana dikhuatiri boleh menjejaska­n ibadat yang mahu dilaksanak­an.

“Kita bimbang apa yang mereka (individu atau kumpulan tertentu) lakukan itu tidak selari dengan apa yang sudah dimuzakara­hkan (Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan).

“Jemaah yang mahu membayar dam atau korban boleh melakukann­ya di kaunter kewangan disediakan TH di setiap maktab penginapan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia