Harian Metro

LAWAN NAGA GUNA KUASA API

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Hidu gam untuk melawan naga menggunaka­n kuasa api bersama rakan. Itu alasan melalut diberikan sekumpulan empat remaja bawah umur yang ditahan sepasukan anggota Agensi An- tidadah Kebangsaan (AADK) sewaktu mereka sedang khayal menghidu gam di Chow Kit, di sini, semalam.

Sewaktu ditahan semua remaja lelaki berusia 15 hingga 16 tahun terbabit didapati memegang plastik hitam berisi gam dan sedang berhalusin­asi.

Difahamkan semua suspek sudah berhenti sekolah dan mereka mendakwa melakukan kegiatan itu bagi menghilang­kan perasaan bosan serta berseronok bersama rakan.

Bagaimanap­un, tindakan mereka membawa padah apabila dicekup AADK menerusi Op Perdana 2017 yang dilaksanak­an di sekitar ibu kota.

Kumpulan remaja terbabit adalah antara 116 individu yang ditahan menerusi operasi bersepadu yang dilaksanak­an selama 24 jam bermula pukul 3 pagi.

Ketua Pengarah AADK Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, menerusi operasi terbabit seramai 95 pegawai dan anggota dikerahkan termasuk sukarelawa­n daripada Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

“Operasi dilaksanak­an menerusi dua sesi iaitu sesi pertama bermula jam 3 pagi

 Remaja hidu gam beri alasan melalut ketika ditahan AADK

hingga 4 petang dan sesi kedua pula bermula jam 10 malam hingga 2 pagi membabitka­n lokasi di Sentul, Brickfield­s, Wangsa Maju, Pantai Dalam, Cheras dan Setapak.

“Serbuan dilakukan membabitka­n kawasan menjadi tumpuan penagihan, pusat hiburan dan judi dalam talian.

“Hasil operasi terbabit kami melakukan saringan ujian air kencing terhadap 193 individu dan hasil saringan mendapati 116 orang termasuk 10 wanita didapati positif dadah jenis heroin, syabu serta ganja,” katanya pada sidang media di AADK Sentul, di sini, semalam.

Abd Halim berkata, hasil penahanan semua suspek turut membawa kepada penemuan 20 paket dadah jenis syabu seberat 0.82 gram.

Katanya, semua suspek termasuk enam remaja bawah umur dibawa ke AADK Sentul untuk tindakan lanjut.

“Suspek berusia 15 hingga 68 tahun terbabit ditahan bagi tindakan lanjut mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.

 ?? Abd Halim Mohd Hussin ?? ANTARA suspek yang ditahan menunggu giliran untuk melakukan saringan ujian air kencing. Gambar kecil, Abd Halim menasihati remaja yang ditahan kerana menghidu gam. Kami melakukan saringan ujian air kencing terhadap 193 individu dan hasil saringan...
Abd Halim Mohd Hussin ANTARA suspek yang ditahan menunggu giliran untuk melakukan saringan ujian air kencing. Gambar kecil, Abd Halim menasihati remaja yang ditahan kerana menghidu gam. Kami melakukan saringan ujian air kencing terhadap 193 individu dan hasil saringan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia